Tiga ‘No’ Konsert ‘Gangnam Stail’ Lebih Dashyat Dari Dua Bersih, Satu HKR 112 (video).

gangnam style penang najib

SHAH ALAM 12 FEB : Setelah ditempelak oleh pengunjung persembahan ‘Gangnam Stail’ oleh artis “Psy” anjuran Umno-BN semalam, Kerajaan Persekutuan dikritik kerana mengrahsiakan bagaimana kos untuk membawa artis Korea Selantan itu boleh menelan sampai RM 2 juta.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, sewajarnya RM 2 juta boleh digunakan untuk membiayai orang sakit, organisasi kebajikan atau sekolah.

“Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi tujuan promosi khidmat atau barangan mereka.

“Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan,” kata Badrul Hisham dipetik daripada blognya.

Kata Badrul Hisham lagi, Umno Pulau Pinang sebelum ini banyak mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang.

“Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?”

Laporan berita sebelum ini mendakwa Umno-BN membelanjakan
RM 2 juta hanya untuk membawa “Psy” mempersembahkan lagunya “Gangnam Stail” di program rumah terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan Persekutuan di Georgetown, Pulau Pinang.

Akan tetapi, tujuan Umno-BN untuk meraih populariti daripada persembahan tersebut gagal dan menjadi buah mulut pelayar internet semasa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan persembahan “Psy” kepada hadirin.

“Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan ‘Ya’,” kata Badrul Hisham.

“… Malangnya apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk BN? Majoriti yang hadir menjawab ‘Tidak’.”

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, berkata respon hadirin di dalam persembahan itu mengambarkan detik berakhirnya sokongan terhadap Najib dan kekuasaan Umno-BN.

“Bolehkan bintang K-pop Korea Selatan memberikan kehidupan, nyawa dan roh kepada dasar 1Malaysia Najib?

“Gegaran daripada tiga ‘ya’ kepada soalan adakah mereka bersedia untuk ‘Psy’ yang diikuti oleh tiga ‘tidak’ apabila ditanya adakah mereka bersedia untuk BN telah menghancurkan keyakinan Najib.

Kit Siang berkata tamparan daripada insiden itu lebih dahsyat kepada Umno-BN berbanding himpunan Bersih 2.0, Bersih 3.0 atau HKR 112.

“(Kerana) ia telah perbuatan sendiri,” kata Kit Siang.

Pendapat Anda

Pendapat

About Mohd Ezli Mashut