Media Selangorku merupakan portal tumpuan bagi semua media-media rasmi kerajaan Selangor, termasuk media cetak (Selangorkini), TV (TV Selangor), dan media internet serta media sosial Facebook dan Twitter.
Matlamat Media Selangorku adalah untuk menyiarkan maklumat yang tepat berkenaan usaha-usaha kerajaan negeri Selangor untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor serta mengamalkan pentadbiran yang bersih, cekap dan beramanah.
Dengan penerangan yang telus dan berkesan, Media Selangorku akan membolehkan rakyat membuat penilaian yang seimbang berkenaan prestasi kerajaan Selangor.
Untuk sebarang komen, sila emel [email protected]



Tahniah. Kejayaan terbesar ialah mengadakan Selangorkini versi pdf. Mencontohi Selangortimes yang lebih awal melakukannya. Beberapa saranan
1. Mempelbagaikan sumber maklumat. Pemberitaan jangan tertumpu kepada sesetengah pemimpin sahaja. Harus menyeluruh termasuk dari semua DUN.Pihak pentadbiran boleh melantik atau menghubungi wakil-wakil ADUN bagi mendapatkan sumber pemberitaan. Konsep yang diperkenalkan oleh akhbar Sinar Harian satu ketika dulu mungkin boleh dicontohi. Mereka pada peringkat awalnya mempunyai wakil pada setiap kawasan.
2. Bagi mengimbangi kos percetakan Selangorkini versi pdf harus diekploitasikan secara ekstrem terutama kepada masyarakat bandar yang lebih terdedah kepada akses internet. Manakala Selangorkini versi cetakan harus diutamakan kepada kawasan luar bandar dengan mewajibkan Ketua Kampong setiap kawasan sebagai agen pengedaran.
3. Mengadakan segmen khas – aduan dan tindakan yang telah diambil. Jika perlu ADUN sesuatu tempat perlu mengambil bahagian dalam segmen ini.
Amir Othman
Unit Media ADUN Bangi
InshaAllah = Apa2 strategy yang di-ambil tolong jangan laungkan sabelum selesai strategy2 itu = Make sure those planning strategies intact, sealed and delivered FIRST before informing the public.
Mithalnya beri tahu Media2 mana yang ada di- masa Himpunan itu telah mencetuskan peluang news yang sabenar berlakau salepas 3.30 petang di-broadcasting ka-sedunia.- itu satu ‘DOWNFALL’ TERBESAR. Yang lebeh merunsingkan/mengejutkan ia-lah keselamatan media2 ini terancam dan gadget2 mereka di-musnahkan!!!
Kenapa cekguBard kena belasah?….You all think about it. Jangan lupa mohon & memuja Allah untuk pertolonganNya.
Kalau sekiranya you all buat itu semua, Bersabar, Berdhikir, Memuja dan Memuji, Bertakbir dan MenSucikan Allah dalam situasi begini ..Insha’Allah Allah akan turunkan malaikat2 untuk menolong kamu dan keselamatan kamu terjamin. BERSIH sabenarnya adalah perperangan tanpa senjata bagi rakyat semua.
Stay safe and look out for one another. God bless to us. Peace.
__________________________________________________________
Allahu Akbar= Laa Elaaha Ellaa Allah Wahdahu Laa Shareekalaa= La Quwwata EllaBillah Al-Azeem.
Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya, Tuhan bagi semesta alam.
Ingatan dan Nasehat=
1. Mestlah beri pertolongan dan kompo kepada semua mangsa2 yang cedera di-Perhimpunan Bersih. Dan si-mati Allahyarham Baharuddin hendaklah beri ganjaran kompo kepada ibubapa dan isteri dan anak2nya= kerana tuntutan kerugian mereka kehilangan anak, suami dan ayah mereka dan kehilangan pendapatan.
Pampasan dan sokongan hendaklah di-sediakan yang sewajarnya mesti di-bayar kepada keluarga Allahyarham Baharuddin= Hendaklah di-tubuhkan satu persatuan ‘support group’ supaya terkorban nyawa tidak menjadi sia2 sahaja kepada ibu bapa, isteri dan anak2nya & Bersih 3.0.
Dan juga kepada sesiapa yang cedera perlukan ‘support group’ inc. ini juga. Perkara insiden ini tidak boleh di-elakkan akan tetapi kita berusha memberi keselesaan hulur tangan dan simpati sesama kita sebagai kaum yang mengutarakan hak asasi terjamin untuk semua maanusia, Menyebarkan kaseh sayang, ramah tamah, kedamain dan menghormati satu sama lain diantara maanusia,
[57:22] Segala apa yang berlaku diatas bumi, ataupun kepada kamu, telah direkodkan, bahkan sebelum ciptaannya lagi. Ini amatlah mudah bagi Allah melakukannya.
InshaAllah = Ya Allah kami mengabdikan diri kami hanya kepadaMu yang Maha Esa. Tuhan bagi semesta alam. Salaam Sejahtera
Maha Suci Allah dan Segala puji bagiNya, Tuhan bagi semesta Alam.
Wahuwa Al-Azeezul Al-Hakeem. Al-Salaam.
Kpd MB Selangor….semoga usaha tuan utk selesai isu pengurusan air di Selangor brjaya……saya yakin dgn kemampuann dn kebijaksanaan tuan.Mohonlah petunjuk dariNYA, DIA MAHA MENGETAHUI NIAT MURNI TUAN MB
tahniah diatas barisan kepimpinan MB serta EXCO-EXCO kerajaan negeri untuk menunaikan tanggungjawab anda kepada rakyat negeri selangor khususnye..semoga apa yang diusahakan dan dirancangkan dapat dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T untuk kebaikan kita semua tidak kira bangsa,agama dan kepartian..semoga segala usaha,pengorbanan dan penat lelah barisan kepimpinan kerajaan negeri dapat keberkatan dari YANG MAHA BERKUASA LANGIT DAN BUMI…………… AMIN.
Pernah ternampak sticker kereta Selangorku. Macamana nak dapat tu?
Kepada TS MB Selangor,
saya tergerak utk beri sedikit pandangan kepada TS MB Selangor
-jangan tunduk pada cerita yg direka oleh pihk2 lain…tangani dgn bijak, jika tak perlu bicara , diamkan saja kerana itu menunjukan kebijaksanaan TS.
-bukan semua isu yg dibangkit oleh pihk lain perlu dilayan serta merta….ingat sejarah yg berlaku dizaman sebelum TS….cuma penerangan kpd rakyat perlu jelas tentang sesuatu isu ..
-untuk berlaku jujur pun biarlah berpada, kerana tak perlu diheret sama ke kancah yg remeh temeh, guna kuasa yg ada pd TS.
-seperti mana sebelum zaman TS, mereka buat tak tau je….jadi TS pun harus begitu juga,.. untuk tunjuk kekuatan dan kehebatan dan kebijaksanaan TS sbg peneraju SELANGOR…dan bijak atasi masalah yg timbul
-jgn lupa pada isu2 yg belum selesai dizaman sebelum TS memerintah…kumpulkan data dari setiap daerah dan cuba selesaikan
-TS harus juga memantau /lawatan mengejut ke sesuatu kawasan tanpa beritau mana mana pihak utk pasti semua jentera jalan kan tanggungjawab mereka….
-saya percaya dengan kehebatan yg ada pada TS Khalid…..sentiasa berdoa mohon petunjuk utk buat sesuatu keputusan , pasti TS akan dapat petunjuk dariNYA,….
- SELAMAT BERPUASA, semoga TS Khalid kukuh di persada Negeri
saya anak SELANGOR.
Project Proposal: KEEP SELANGOR CLEAN ALWAYS!
I would not like to call it a project rather it should be made a daily practice of every citizen of the world-Selangor in particular! Please keep every hook and corner of the dear land clean especially the roads/streets,rivers/waterways/ drains and not forgetting the open space.
Maintaining cleanliness on frequent and regular basis is a big business itself. Clean environment pleases the eyes,dirty environment is an eye and heart sore!It’s a SUNNAH!Clean environment is equivalent to clean govt!
Sya cuma mewakili rakyat pengundi di Selangor ingin mmberi cadangan kpd MB Selangor juga pegawai tertinggi yg terlibat dlm pemegang laksana kuasa negeri. TERIMA KASIH BANYAK kerana kerajaan PR telah byk menyelesaikan beberapa masalah rakyat Selangor. Cadangan sya sebagai pengundi Selangor sya mahulah kiranya projek yg di selesaikan adalah yg MENAMPAKKAN KESAN BESAR KEPADA RAKYAT SELANGOR (FIRST DONE FIRST LOOKING EFFECTED) rakyat KESELURUHAN akan BERASA berbaloi mengundi PR . Contohnya semua jalan2 di seluruh Selangor di upgrade dulu, menyediakan bilik/lot Pusat2 Komuniti Masalah dan Permohonan Setempat mengikut DUN2 dan rumah2 ibadat, menyedia dan memaparkan billboard/banner nombor sms 5 digit utk kegunaan semua ADUAN/PERMOHONAN-RAKYAT di setiap DUN, kawasan tumpuan serta rumah2 ibadat. Menyediakan tapak2 khemah-sewa bengkel usahaniaga di setiap JKK, mengadakan pertandingan sukan bola sepak/futsal Liga Rakyat Selangor (JKK>DUN>PARLIMEN>JUARA) hadiah/saguhati simpanan Tabung Haji atau Simpanan Premium. Mengeluarkan dan menjual kupon/money order/amanah saham simpanan Selangorku utk nilai RM5 & RM10 bila tiba musim2 perayaan (guna sebagai angpau pengganti note ringgit) utk menggalakkan penerima angpau/duit raya menyimpan wang. Mencadang dan menggalakkan rumah2 ibadat mewujudkan peluang usaha niaga spt bgkel2, tapak sewa niaga, khidmat urusan atau apa2 jua bidang yg mghasilkan ekonomi warga sekitar. Kerajaan Selangor menyediakan tapak di setiap Parlimen utk memberi tempahan, membeli produk2 dan memasarkan hasil ekonomi tempatan ke pasaran dalam/luar negara yg di urusetia barangkali oleh Biro Ekonomi SUK utk mengelakkan karenah birokrasi pemasaran produk.
Tambahan di atas mengadakan majlis perkahwinan serentak setiap 6 bulan bg para pengantin2 semua kaum yg kurang budget majlis perkahwinan, mgkn kerajaan Selangor blh tanggung separuh belanjawan majlis. Mewajibakan calon yg di undi rakyat mesti mengadakan hari bertemu rakyat sebulan sekali.
please give me your phone number because i interested to advertise in your paper.
Assalamualaikum
Saya merujuk kepada program Selangor Agrofest 2012 pada 11hb – 16hb Disember 2012 .. Pihak kami berminat untuk menyertai program tersebut .. Saya sudah menghubungi pihak Jabatan tetapi telefon tak dijawab ..
Boleh tak pihak yg berkenaan faks kan kepada pihak saya seperti borang dan maklumat berkaitan ke HQ Muara Marketing Sdn Bhd 06 8501418 ( UP : Jabatan Pemasaran )
Untuk makluman , syarikat kami juga beroperasi di Bandar Baru Salak Tinggi Business Park , Sepang untuk operasi keseluruhan mulai Januari 2013 ini …
Hubungi saya dan terima kasih atas kerjasama pihak tuan
Mohamad Nasri Bin Ahmad
Jabatan Perancangan Strategik & Pembangunan Perniagaan
Syarikat Kumpulan MUARA
- MUARA Marketing Sdn Bhd 776275-T
- MUARA Industries Sdn Bhd 941586-V
Tel : 06 8500148
Fax : 06 8501418
FB : Nasri Ahmad
M : 017 2760788
tolong lihat rumah baru en SHUKOR IDRUS di KUANG lapan kali lebih besar dari banglow asal yg dah di pecahkan, tolong siasat ‘sumber2′ nya.. .
Diminta pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri memperbaiki jalan yang rosak teruk di sepanjang jalan bukit belimbing ke alam damai(berdekatan seri kembangan). Jalan terlalu teruk. Diperhatikan ada sebahagian jalan yang diturap, tetapi tidak sampai satu minggu, turapan baru hilang dan jalan kembali berlubang.Adakah kontraktor tidak menggunakan kualiti turapan yg standard? diharapkan pihak kerajaan negeri turun padang melihat masalah ini dan diselesaikan dengan segera untuk kebaikan bersama.
Syabas TS Khalid kerana bijak menangani isu berbangkit di Selangor, Turun padang untuk pastikan cerita yang diampaikan pada TS adalah benar belaka.
Sila lakukan perubahan mengenai perkara perkara berikut…
1 simpang tiga (T junction ) atau simpang empat yang sempit harus
diperbesarkan untuk elakan kesesakan lalulintas
2.sila pastikan road kerb di cat dengan sempurna, pastikan cukup papan
tanda amaran dan arah jalan untuk keselamatan pengguna jalanraya.
3. Perbaiki road marking yang telah pudar di seluruh Selangor……
4. Perbaiki gradient jalan di mana air yang bertakung di atas permukaan
jalan sangat membahayakan pengguna jalanraya.
5. Sila pastikan seluruh jalan raya di Selangor tidak ada ” pot holes ” atau
tiada bentuk bentuk kerosakan yang lain pada permukaan jalan.
6. Pastikan rumput ditanam bukan pada aras yang sama( not at the same
level ) dengan permukaan jalan……perkara ini menyebabkan air tidak
boleh mengalir keluar ke longkang tepi jalan kerana tersekat oleh
” turfing :yang ditanam sama aras dengan permukaan jalan.( biasa
dilihat pada jalan yang baru dibina (kecuali Lebuhraya ) dan pada jalan
yang sedia ada…..rumput yang tinggi harus di trim rendah untuk
bolehkan air mengalir keluar dari permukaan jalan).
7. Baik pulih Longkang longkang tepi jalan kerana ada tempat tiada
sistem perparitan yang sempurna dan perlu dibina kecuali tidak perlu.
8.Baiki road shoulder dan pantau seluruh tebing sungai yang berhampiran
dengan jalan…mungkin ada kawasan tebing dah terhakiis dan perlu
baikpulih pada ” side slope ” jalan .
9. Pantau seluruh tebing sungai di Selangor agar tiada sampah sarap dan
sebagainya,..
10. Pastikan tandas di surau dan masjid boleh digunakan….
Komen di atas adalah untuk menjadikan negeri Selangor sangat suka dilawati, bersih, serta ceria bagi pelawat pelawat. Semoga negeri Selangor bertambah cemerlang di bawah pemerintahan TS Khalid.
sas
Pusat Khidmat saya telah membuka sebuah bilik gerakan bagi berhadapan dengan kejadian bekalan air yang terputus di sekitar Ampang dan Cheras sejak 10 hari yang lalu.
Bilik gerakan tersebut terletak di Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya dan boleh dihubungi di talian 010 2637 662 ( En. Zahriezan ), 019 759 8622 ( Haji Suhaimi ) dan 013 246 9027 ( En. Hafiz ).
Petugas-petugas bilik gerakan itu akan sedaya upaya cuba membantu penduduk yang berhadapan dengan bekalan air yang tidak menentu iaitu sama ada tiada bekalan langsung atau tekanan air yang rendah.
Mereka juga akan berhubungan dengan Syabas agar Syabas memastikan kawasan-kawasan yang terlibat mendapat bekalan air sama ada melalui lori tangki air atau tangki air statitk.
Di dalam pertemuan di antara saya dan wakil-wakil Syabas pada 4 Januari lepas, saya telah menegaskan bahawa Syabas mesti membekalkan air yang secukupnya ke kawasan-kawasan yang terlibat. Mereka mesti memastikan tangki-tangki statik sentiasa diisi untuk digunakan penduduk.
MPAJ juga mempunyai lori-lori tangki air tetapi jumlahnya amat terhad.
Hadir pada pertemuan tersebut adalah Tuan Haji Yusof Saroji ( Pengarah Eksekutif Operasi Syabas ), Kelvin Siew ( Pengurus Besar Syabas ) dan ahli-ahli Majlis MPAJ bagi kawasan-kawasan terlibat.
Sebagai usaha tambahan Pusat Khidmat saya akan mendapatkan 10 pam air untuk membantu penduduk di pangsapuri-pangsapuri di mana tekanan air adalah rendah. Satu dari pam itu telah diuji di Pandan Jaya tengah hari tadi.
Mereka yang inginkan khidmat pam itu bolehlah menghubungi bilik gerakan.
Petugas-petugas dari Unit Amal Pandan juga telah dikerahkan untuk membantu warga emas dan mereka yang tidak berkemampuan untuk mengangkat air.
Sekiranya terdapat orang ramai yang ingin turut membantu bolehlah menghubungi bilik gerakan.
Walau bagaimanapun ingin saya menegaskan di sini bahawa Syabas adalah sebuah syarikat swasta dan bukan di bawah kawalan Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri tidak boleh secara lansung menentukan operasi syarikat tersebut. Ini adalah di antara sebab utama kenapa Kerajaan Negeri mahu menstrukturkan semula industri air di Selangor. Agar urusan membekalkan air kepada rakyat ditadbir sendiri oleh Kerajaan Negeri.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
8 Januari 2013
Foto-foto : Pam air sedang diuji di Pandan Jaya
Penutup longkang di sepanjang Jalan Ukay Perdana (Ampang) sudah menjadi rosak .Ia buat bunyi yang bising bila kenderaan melaluinya dan juga menyebabkan kesesakan trafik pada masa kerja .
Pentutp longkang tidak sesuai dipakaikan di Jln Ukay Perdana yang mempunyai kenderaan aliran yang tinggi ,pihak kuasa mesti mengalir longkang di bawah jalan raya.
Sekian Terima Kasih
***Undi Calon yang Berkhidmat kepada rakyat.***
Salam,
Saya selaku wakil penduduk Indahria ingin memohon media Selangorku untuk membuat liputan sesi dialog YB Rodziah,YB Khalid Samad,MBSA dan IKRAM pada ketetapan tarikh seperti berikut;
Tarikh: Selasa (22 Jan 2013)
Masa: 8 PM – 11 PM
Tempat: Pangsapuri Indahria,
Persiaran Jubli Perak,
Seksyen 22,
40300 Shah Alam.
(Berhampiran kilang gula CSR Batu 3)
Agenda utama sesi dialog ini ialah bagi penjelasan dan penyelesaian masalah keretakan yang terdapat di Pangsapuri Indahria kepada penduduk.
Harap dapat maklumbalas daripada pihak media Selangorku.
Saya boleh dihubungi pada bila-bila masa di talian 0172266522 atau berhubung melalui email ini.
Sekian Terima Kasih
Yang benar,
Hanif
Kepada wakil rakyat Dun Ijok TS MB…..kami peneroka Kampung Seri Sentosa Jajan Kuala Selangor memohon pemilikan tanah supaya diluluskan dengan segera…….Setelah hampir 40 tahun berharap……ini kah hasilnya ?
Assalamualaikum,
Saya wakil pembeli projek perumahan kos sederhana di Bukit Rumau Seksyen 32 Rimau Indah Apartment memohan pada pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah oleh pihak pemaju sebelum ini.. Masalah status tanah tersebut menyebabkan projek tersebut tidak dapat lagi diselamatkan..Kami pembeli menunggu hampir 15 tahun hingga sekarang masih tiada pihk yang tampil untuk menyelesaikan projek terbengkalai tersebut.. Tribunal Perumahan dan Jabatan Perumahan Negara sudah puas kami usulkan, tetapi masih tertangguh.. Kami pembeli sudah menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah ini.. Ada yng dah diishtihar muflis.. Harap kerajaan negeri dapan bantu dan beri jalan penyeselaian..
Sekiranya masalah kami ini diberi perhatian, pihak tuan boleh lah menghubungi saya untuk maklumat lanjut…
Nama : Syamshul Irwan
H/p : 019-2541004 / 017-3571004
*****Menunggu dengan penuh harapan******
salam..Selangorku dan YB MB..
Saya anak jati Selangor dan telah mengundi pada PRU12 yang lalu..kini saya menetap di JB.. Kerap balik ke KAJANG dan BANGI. Apa yang saya perhatian keadaan persekitaran kawasan-kawasan jalan agak tidak terurus..dengan rumput, lalang dan pokok yang tidak dijaga dan diuruskan oleh pihak PERBANDARAN dengan baik.
Ini menunjukkan imej yang kurang baik untuk negeri Selangor yang diterajui oleh PR..saya berharap agar pemantauan dan arahan berkuatkuasa disetiap MAJLIS PERBANDARAN setiap daerah di SELANGOR dipertingkatkan..
saya sayang SELANGOR…
tahniah, kepada MB selangor, telah berjaya membawa selangor kepada negeri berkebajikan, apa pun saya mohon supaya MB dapat melihat masalah kami di lembah beringin , yang masih belum mendapat title individu walaupun rumah telah habis di bayar di sebabkan pemaju yang di istiharkan bengkarap. Penduduk sepi. LBB
Assalamualaikum dan salam sejahtera dari kami dari Kumpulan Hotel De Palma.
Kami dengan segala hormatnya ingin menjemput Y.B, warga Media Selangorku dan sesiapa juga yang membaca kiriman ini untuk menyertai kami dalam program Hari Ibu bersama Kumpulan Hotel De Palma. Acara Hari Ibu ini amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Bayaran untuk menyertai program ini hanya RM80.00 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. Kami juga mengalu-alukan dermawan yang sudi menaja mana-mana ibu yang ingin diraikan.
Pihak De Palma Ampang juga menawarkan tapak jualan pada harga RM200.00 kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk membuka gerai jualan.
Kehadiran Y.B dan semua akan memeriahkan lagi acara ini.
Terima kasih & ikhlas daripada,
Azliana Mohd Jelani | Business Development Manager
De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Jalan Ampang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Phone: +603-42707070 , Fax: +603-42707080, Mobile : +6010-261 4156
Alhamdulillah dan tahniah kepada pakatan rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor.
Saya percaya pendudok selangor terutama para pengundi pakatan menaruh sebesar – besar kepercayaan dan harapan agar kerajaan negeri selangor dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan berkesan.
Kami rakyat selangor ingin mengetahui apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri Selangor suami menjadi negeri yang terus maju, paling berjaya dari semua segi bagi semua lapisan masyarakat. Selangor mesti menunjukkan ia adalah menjadi contoh pemintahan yang paling bersih, telus dan berjaya yang dibanggakan oleh rakyat.
Harapan saya Selangor menjadi negeri:
1. Adil , telus, tiada rasuah
2. Ekonomi dan taraf hidup pendudok meningkat , menghapuskan kemiskinan
3. Melahirkan generasi berpelajaran yang dapat menjana tenaga kerja bernilai tinggi, berkepimpinan dan innovative dan menjadi rakyat yang mempunyai fikiran terbuka dan toleransi
4. Menjadikan Selangor negeri paling bersih dan memelihara alam sekitar
5. Negeri bebas dari jenayah dimana rakyat berasa dapat merasa sentiasa dalam keadaan selamat
Selangor ku
Selangorku ni hanya ada berita pasal politik ke?
Isu yang saya mahu kerajaan negeri atasi ialah Penjagaan kanak2 utk ibu
Isu yang saya mahu kerajaan negeri atasi ialah Penjagaan kanak2 utk ibu bekerja