SHAH ALAM, 15 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberikan jaminan peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya rakyat memilih untuk membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13.
Menurut MP Shah Alam, Khalid Samad, permintaan ini relevan kerana sejak kebelakangan ini banyak pimpinan Umno-BN mengakui mereka akan berhadapan dengan satu pilihanraya sengit kali ini.
“Ini menunjukkan satu kesedaran bahawa suasana dalam masyarakat telah banyak berubah dan sokongan kepada Barisan Nasional telah menurun dan ada kemungkinan berlakunya peralihan kuasa dimana mereka kalah dalam pilihanraya,” katanya.
Katanya, situasi ini merupakan satu perkara biasa dalam mana-mana sistem demokrasi dan tidak ada jaminan mana-mana parti akan berkuasa selamanya.
Jelas Khalid, Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sepatutnya menyediakan rakyat dan penyokong mereka sendiri untuk berhadapan kemungkinan sedemikian.
“Umno-BN perlu menyempurnakan ayat-ayat mereka itu dengan sekiranya kalah maka kita akan akur dan patuh kepada kehendak rakyat,” katanya di dalam satu tembual dalam program Terus Terang bersama editor TVSelangor Mat Zahari Ali.
“Dan kita memohon semua penyokong-penyokong kita juga menunjukkan sikap yang terbuka menghormati sokongan rakyat dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Jangan bertindak ganas, ini demokrasi,” katanya.
Beliau menambah, Pakatan Rakyat sebelum ini sudah menghadapi banyak kekalahan terutama sekali PAS dan telah menunjukkan kesanggupan untuk menerima kekalahan.




Dalam pilihanraya ke 13 memang dijangkakan akan berlaku satu perubahan, cuma kita tidak dapat menggambarkan bagaimana perubahan itu berlaku. Tiada siapa yang mahu negara Malaysia huru-hara. Buktinya ketika perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka tempohari peserta tidak bertindak ganas terhadap polis yang melakukan operasi membelasah rakyat. Tapi pihak kerajaan khasnya KDN cuba menafikan kejadian sebenar.
Sebelum berlakunya perubahan rakyat mahukan pilihanraya yang telus dan adil agar semua pihak yang berkepentingan berpuas hati sama ada mereka menang atau kalah. Kita tidak mahu pihak penguatkuasa seperti polis dan samseng upahan terlibat menghuru-harakan negara seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini didalam perhimpunan Bersih. Tanpa gangguan POLIS dan SAMSENG UPAHAN, betapa amannya perhimpunan hijau yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman..?
Kini angin sedang bertiup kencang untuk meruntuhkan PR. PAS akan jatuh tersungkur diatas keteterlanjuran perjuangan yang tersasar jauh. PAS kini berjuang penuh dengan rasa kebencian dan dendam sehingga sanggup membuang perjuangan mendirikan negara Islam dan yang lebih menjijikan sanggup pula bersekongkol dengan DAP-PKR yang jelas anti-Islam. Kenapa PAS gagal menjadikan Selangor lebih baik daripada pentadbiran UMNO/BN dahulu, dan yang pastinya PAS gagal menjadi contoh terbaik atau lebih baik daripada UMNO. Kemenangan PAS kini hanyalah pada takirah dan ceramah yang menghina pihak lain demi menutup kagagalan sendiri. Mungkin anda akan mencemuh saya….tapi bukalah matahati tuan semua, dimana PAS didalam PR! Insyaallah perjuangan PAS dan PR akan berkubur dalam PRU akan datang.
kamu ni kembar Albanjarie ke. comment kamu berdua sama je. Tapayak berselindung, kalau kau orang yang beriman tinggal UMNO yang penuh dengan dosa (rasuah, penipuan, pembohongan, curi harta rakyat dan banyak lagi). Taubat selagi masa maseh ada.