KUALA LUMPUR 31 MEI : Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) untuk membuka kembali kes siasatan rasuah tahun 1995 terhadap Azmin Ali dikesali kerana dalam masa yang sama melepaskan Shahrizat Jalil berhubung kes projek Pusat Fidlot Nasional(NFC).
Kekesalan ini dinyatakan dalam kenyataan bersama Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Kenyataan itu menyebut, sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Ketua Wanita Umno Malaysia itu dari tuduhan rasuah bersabit NFC tetapi keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.
“Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, pada ketika itu) menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.
Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Shahrizat, walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau,”kenyataan itu dipetik.
Dalam kenyataan itu juga turut dibentangkan fakta-fakta kedua-dua kes berkenaan tindak tanduk SPRM dan meminta rakyat menilai perkara ini.
Fakta yang pertama ialah kenyataan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya yang menegaskan bahawa berdasarkan kepada siasatannya mendapati tidak ada unsur rasuah yang mewajarkan terhadap Azmin pada tahun 1995.
Beliau juga menyatakan bahawa BPR mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap Azmin bertepatan dengan peraturan jabatan kerajaan dan ketiga insiden dan fakta kes ini telah dinyatakan secara jelas di dalam bukunya “The Shafee Yahaya Story” mukasurat 306, 326 dan 356.
Manakala bagi kes NFC yang membabitkan Shahrizat pula menyebut Datuk Seri Noh Omar menyatakan di Parlimen bahawa tender NFC dibuat secara tertutup dengan menjemput hanya enam buah syarikat, antaranya NFCorp dan Felda Farm Products Sdn Bhd.
Hanya Felda Farm Products Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dalam industri penternakan, sedangkan NFCorp hanya baru ditubuhkan.
“Berdasarkan peraturan umum perolehan dan tender mana-mana badan (apatah lagi projek besar kerajaan), tindakan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya adalah satu tindakan rasuah.
“Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFCorp yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya,” terang kenyataan itu lagi
Dalam kes NFC ini, Najib adalah pengerusi Jawatankuasa Tender dan NFCorp mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Shahrizat. Manakala Shahrizat mempunyai hubungan politik dengan Najib di bawah kabinetnya.
Kenyataan itu juga kecewa apabila SPRM sekarang bertugas menjadi kuda tunggangan BN untuk membuka fail menyiasat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di kala pilihan raya begitu dekat.
Rafizi dan Zuraida juga yakin SPRM tidak akan memanggil Najib untuk disoalsiasat walaupun beliau saksi utama yang perlu ditemuramah untuk memahami kenapa tender RM250 juta dianugerahkan kepada NFC.
Malah, kami sendiri pelik kenapa kami tidak dipanggil untuk disoalsiasat sedangkan kamilah yang paling ke depan membongkarkan penyelewengan NFC?




Keputusan SPRM membuka kembali kes siasatan rasuah tahun 1995 terhadap Azmin Ali dan melepaskan Shahrizat Jalil berhubung kes NFC memang kita dapat mengesan bahawa tindakan itu bermotifkan politik berkaitan pilihanraya. Ini adalah provokasi yang kita levelkan sebagai kurang ajar. Mereka lakukan perang saraf agar jentera parti jadi keliru dalam menghadapi situasi serang dan bertahan.
Pilihanraya yang akan diadakan memang kotor, dan ganas kerana kita amat percaya anggota polis tidak menghormati Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, iaitu tidak memberikan perlindungan yang sama rata kepada semua rakyat negara tidak kira agama, kaum, dan pemahaman politik, ”mesra, cekap dan beramanah”.
Kita tidak perlu lagi melihat Mohd. Najib sebagai perdana menteri untuk mendapat sesuatu memang tidak akan mendatangkan hasil kerana beliau sudah jelas hanya seorang dummy saja. Ada orang lain sebenarnya yang lebih berkuasa dari beliau.
Sekarang kerajaan BN sudah mengeluarkan senjata rahsianya (?) secara perlahan-lahan untuk bertindak balas setiap serangan yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat. Perlu diingat bahawa kita telah dikurung dengan undang-undang sedangkan mereka berada diluar kuasa undang-undang. Kalau tidak bersedia kita boleh terseksa diserang penyakit sakit jantung.
UMNO/BN/NAJIB/SHAHRIZAT/SPRM=LEMVU
Jom ubah… ABU!