SHAH ALAM 27 MEI : Cadangan Kerajaan Selangor untuk mengambil bekalan air dari empangan di Terengganu hanya akan menelan belanja RM 700 juta, berbeza dengan pelan Kerajaan Pusat untuk mengambil air dari Pahang yang akan memakan belanja RM 8 billion.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengambilan air dari empangan Terengganu akan menggunakan paip bawah tanah yang sedia.
Manakala cadangan kerajaan pusat akan menelan belanja yang besar kerana terpaksa membina rangkaian paip baru dan merentasi kawasan gunung bagi menyalurkan air dari Pahang.
“Kita tidak perlu susah-susah untuk korek gunung ganang untuk ambil air dari Pahang itu untuk disalurkan ke loji air Langat Dua.
“Kerajaan negeri sudah mempunyai rancangan sendiri, kita sudah mengenal pasti tempat yang sesuai dan kita juga mempunyai paip, rizab paip itu adalah sangat panjang dan mampu untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.
Katanya lagi, cadangan itu sudah dikemukan sebanyak lima kali ke Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui. Sehingga kini, Peter didakwa tidak memberi sebarang maklum balas terhadap lima permohonan Abdul Khalid untuk membincangkan racangan tersebut.
Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Lanjutan Tempoh Pajakan Tanah ke 99 tahun dan Penyampaian surat hak milik kepada peneroka Bukit Cherakah, di Dewan MBSA, Seksyen 13, di sini.
Sebelum ini, kerajaan pusat telah mencadangkan pelan untuk menyalurkan air mentah dari Sungai Pahang ke Selangor bagi dirawat di loji Langat 2. Akan tetapi rancangan itu dibantah Kerajaan Selangor atas sebab kos yang tinggi.
“Keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat itu tidak memikirkan rakyat, rakyat akan menjadi mangsa dengan kos projek yang mahal itu,” kata Khalid.
“Jika projek itu dilaksanakan harga air akan naik tetapi dibawah kerajaan negeri sekarang kita boleh bagi air percuma selama 15 tahun.
“Tidak perlu membayar kenaikan harga air lebih dari 15 peratus berbanding kerajaan pusat yang meminta kenaikan harga air sebanyak 35 peratus,” katanya.




Satu rancangan & cadangan yang bijak dari Kerajaan PR Negeri Selangor.
Kerajaan yang prihatin rakyat akan sentiasa dekat dihati RAKYAT. Rakyat Selangor perlu ubah sekarang, ABU.
Project air dari Pahang melibatkan keuntungan atas angin oleh kroni dan barua dari BN, yang hanya mementingkan poket mereka sahaja. Laungan Rakyat didahulukan hanya laungan KOSONG. Mentri Peter Chin memangnya tidak boleh buat apa-apa kerana ia hanya budak suruhan, kuasa pun tidak ada dan pandai mengangguk sahaja. ABU ! ABU ! ABU !
peter chin bukan tak boleh buat kerja namun ditekan oleh kroni2 UMNO yang dah lama nak kaut untung besar atas angin dengan empangan di Pahang. Bayangkan RM700 juta dengan RM8 billion. Ada lagi baki RM7.3 billion yang lebih dari cukup untuk pendidikan percuma setahun.
jangan cakap je…buat…setakat cakap nak beli air dari terengganu buat ape…aku pon boleh cakap belia air dari mane2…dah buat,tak payah cakap pape pon orang tau…kalau PR yang jd kerajaan, korang nak pecat ke sume polis? Biar xde polis? pastu nak buat ape lagi…nak control sume rancangan televisyen lak??? same je korang buat kalau jd kerajaan pon…