BANTING 12 MEI : Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung isu air di Selangor membuktikan Perdana Menteri hanyalah seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan bukannya negarawan sebenar yang sepatutnya mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenyataan Najib itu juga bertentangan dengan titah DYMM Sultan Selangor yang menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
“Kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan tawaran kepada syarikat konsesi termasuk menggunakan arbitari antarabangsa.
“Bagaimanapun, kita tidak menerima maklum balas malah Kerajaan Pusat berdolah-dalih untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan air.
“Jika Perdana Menteri negarawan sejati, beliau sepatutnya mengarahkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan dengan segera,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Visit Kuala Langat 2012 di Pantai Morib sempena Program Mesra Khas Terima Kasih Rakyat peringkat Daerah Kuala Langat.
Beliau juga berjanji kepada rakyat Selangor yang tarif air hanya akan dinaikkan pada kadar munasabah sekitar 12 peratus dan pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan diteruskan, jika selesai penstrukturan semula air.
Kadar kenaikan air mengikut pelan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) adalah melebihi 70 peratus.
“Rancangan kerajaan Selangor adalah menjaga kebajikan rakyat keseluruhan. Justeru, Perdana Menteri perlu mengotakan janji untuk mengutamakan rakyat dengan mempercepatkan penstrukturan air,” katanya.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor kosisten dengan pendirian bahawa projek Langat 2 dibina selepas rundingan penstrukturan semula diselesaikan.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, laporan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang diterima setiap bulan menunjukkan bekalan air mentah di Selangor pada tahap lebih dari mencukupi.
“Masalah ialah bekalan air bersih kerana kegagalan syarikat konsesi mengguna sepenuhnya loji-loji rawatan air yang sedia ada, tidak menaiktaraf paip-paip air dan gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW),” katanya.




Sayangi Selangorku.
Hancur UMNO/BN/NAJIB.
Sy sokong pandangan PR….
walau apapun UMNO sudah relevan lagi kini dan selamanya, hanya PR yang mampu mensejahterakan Malaysia & rakyatnya… HIDUP PR…. HIDUP PR….HIDUP PR…..HIDUP PR
Inilah akibatnya jika Konsesi diberikan kepada KRONI mereka (satu Amalan BN/UMNO yang merugikan rakyat sekaligus rakyat dibelakangkan) yang TIDAK berkebolehan dalam aspek pengurusan, kewangan serta strategik. Air mengcukupi tetapi mereka kata tidak dan membina saloran mengambil air dari Pahang dengan belanja yang tinggi melalui tender tertutup = satu cara RASUAH ala BN/UMNO.
We are with Pakatan and we are with Selangor government. Najib is too weak a leader. In fact he is “no leader”. The people will reject Umno and BN in the next GE.
umno sudah tidak relevan lagi skrng & selama-lamanya sbb ia boleh memudaratkan negara masa akan dtng,kita tidak boleh mengambil contoh langsung kerana isterinya pun tidak menutup aurat..bagaimana pula untuk memimpin rakyat.kalau nak jadi pemimpin yang berwibawa,berkaliber,yang berkorban jiwa raga untuk rakyat.. jadilah macam YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM yang pernah dipenjara,dipukul,ditendang & bermacam lagi demi perjuangan membela rakyat.Insan seperti ini sangat wajar diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13,bukan pemimpin hanya dalam televisyen sahaja berani bercakap tetapi tawaran DEBAT tidak berani sahut.
pastikan pilihanraya ke13 tiada penipuan