MB Serah Watikah Kepada 9 Ahli Lembaga Rayuan

SHAH ALAM, 30 APR : Lembaga Rayuan Selangor diberikan lanjutan tempoh perkhidmatan sehingga tahun 2014 selepas mendapat persetujuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibahim.

Lembaga Rayuan Selangor merupakan satu badan berkecuali yang bertujuan untuk memberikan ruang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan seterusnya menimbangkan kes-kes rayuan tersebut.

Jawatankuasa ini ditubuhkan sejak tahun 1999 dibawah Peruntukkan Seksyen (36), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Sejak ditubuhkan, terdapat 269 kes yang melibatkan perkara berkaitan perumahan, pembangunan dan pemutihan pengilangan yang telah didirikan sebelum rancangan tempatan diwartakan.

Menurut Pengerusi Lembaga Rayuan, Datuk Abu Bakar Awang, sehingga April 2012, 12 kes telah di selesaikan, 6 kes masih dalam pendengaran, 2 kes tarik diri manakala 6 kes lagi masih dalam pendaftaran.

“Mana-mana pihak yang terkilan dengn keputusan majlis tempatan, mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan. Lembaga Rayuan akan menentukan sama ada keputusan tersebut betul atau tidak.Kami boleh mempertimbang sebarang keputusan majlis, mengesahkan kebenaran majlis dan kami boleh menambah syarat. Sekiranya pihak berkenaan tidak berpuas hati dengan keputusan kami, maka dia boleh membuat permohonan semakkan kehakiman di mahkamah tinggi,” katanya.

Beliau menambah, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh sebulan dari tarikh keputusan disampaikan kepada pemohon oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Antara jenis rayuan yang didengar oleh Lembaga Rayuan adalah Notis Permintaan S30(2), Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis [Seksyen 23 (1) (a) & (b)] dan Amaun Pampasan [Seksyen 25(9)].

Rayuan lain termasulah Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan [Seksyen 30(7)], Rayuan terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok [Seksyen 35C], Pampasan diBawah Perintah Pemeliharaan Pokok [Seksyen 35D] dan Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula Pokok [Seksyen 35E].

Ahli Lembaga Rayuan terdiri daripada 12 orang dan setakat ini hanya sembilan orang yang telah dilantik untuk tempoh tiga tahun dan mempunyai pengalaman dalam perancangan bandar.

Pelantikan dan pelanjutan jawatan sebagai ahli Lembaga Rayuan Selangor perlu mendapat persetujuan oleh Menteri Besar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Hari ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan watikah perlantikan kepada sembilan Ahli Lembaga Rayuan Selangor di sini.

Pendapat Anda

Pendapat

About Afix Redzuan