KOMENTAR: Meskipun hanya mahu menyampaikan hasrat rakyat negara ini bagi menuntut hak agar pilihan raya bersih dan adil diadakan, rakyat negara ini terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas amukan PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang lengkap bersenjata.
Tindakan ganas pihak PDRM terhadap peserta perhimpunan aman Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) Sabtu lalu jelas menggambarkan sikap tidak profesional badan penguatkuasa terlibat.
Tindakan-tindakan ganas PDRM yang lengkap bersenjata terhadap perserta perhimpunan semalam juga cukup bagi menggambarkan usaha keras agensi keselamatan tersebut untuk menggagalkan perhimpunan itu demi melindungi kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Perhimpunan Duduk dan Bantah BERSIH 3.0 itu diadakan bagi memprotes tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan memenuhi tuntutan rakyat negara ini untuk mengadakan pilihan raya yang bersih dari sebarang manipulasi.
Tinjauan TVS sepanjang perhimpunan semalam jelas menunjukkan perhimpunan yang pada awalnya berjalan dalam suasana aman mulai bertukar ganas apabila polis mula bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata, tembakan air kimia, mengejar dan memukul peserta perhimpunan dan pihak lain yang tidak terlibat dalam perhimpunan.
Keganasan polis menjadi semakin buruk apabila terdapat segelintir anggota polis yang menyebarkan berita palsu sesama mereka bahawa seorang anggota polis telah terbunuh ketika bertugas mengawal perhimpunan tersebut.
Ini jelas apabila terdapat anggota polis yang menjadikan alasan ‘kematian’ rakan mereka untuk bertindak ganas terhadap orang awam.
Dalam satu kejadian di Jalan Masjid India semalam, seorang anggota polis dilihat mengherdik salah seorang peguam pemerhati dari Jabatan Undang-undang Hak Asasi Manusia (JUHAM), Afian yang kebetulan berada di situ dan cuba menghalang tindakan ganas polis.
“Kau tahu tak, ada anggota yang mati tadi! Gunakanlah otaklah.. Siapa tak geram, diaorang memang nak kena ajar!,” herdik anggota polis tersebut bagi menghalalkan tindakan ganas beliau dan sekumpulan polis terhadap seorang orang awam yang sedang menikmati makanan di kedai makan berhampiran pasaraya Mydin.
Bagaimanapun menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PDRM hari ini menyatakan kematian anggota polis, Sarjan Zaini Nawawi, 53, tiada kena mengena dengan tindakan polis menyuraikan perhimpunan.
Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam sidang media yang sama.
“Anggota tersebut meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas ketika menjalankan tugas rondaan biasa di kawasan Bukit Bintang,” kata Mohmad Salleh.
Afian boleh dianggap bernasib baik berbanding rakan sejawat beliau dari Lawyers for Liberty yang juga bertindak sebagai peguam pemerhati, Mohd Haijan Omar yang mengalami luka di bahagian bawah mata kirinya, bengkak di rahang dan juga lebam di bagian lain badannya setelah dibelasah polis di Jalan Tun HS Lee.
Menurut Haijan beliau terus dikasari walaupun telah berada di dalam tahanan polis.
Tidak terkecuali, petugas media yang membuat liputan Perhimpunan BERSIH 3.0, yang bukan sahaja kamera dirampas kerana merakamkan kejadian sebenar malah turut menjadi mangsa keganasan PDRM semalam.
Antara wartawan terbabit adalah wartawan dari The Sun, Radzi Razak yang terpaksa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur setelah mengalami kecederaan tulang rusuk dan bahagian dalaman lain akibat keganasan polis.
Selain itu, tindakan kumpulan anggota polis tersebut tampak jelas bukanlah bertujuan untuk menyuraikan perhimpunan kerana perhimpunan telah pun berakhir kira-kira sejam yang lalu.
Kebanyakan yang ditahan pada masa itu merupakan peserta perhimpunan yang telah pun bersurai dan sedang berehat atau makan di kedai-kedai makan sekitar Jalan Masjid India yang bukan merupakan tapak perhimpunan.
Drama kejar mengejar terhadap mana-mana pihak yang disyaki terlibat dalam perhimpunan sebelumnya turut berlaku di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur meskipun kebanyakkan antara mereka yang dikejar itu sedang dalam perjalanan menuju ke stesen komuter atau LRt untuk pulang.
Malah ada diantara peserta yang sedang berehat berhampiran masjid Jamek untuk menunggu masuk waktu magrib sebelum berangkat pulang
Tindakan itu menjelaskan lagi bahawa tindakan polis ketika itu bukanlah bertujuan menyuraikan perhimpunan atau mempertahankan Dataran Merdeka dari dimasuki sebaliknya mereka ‘keluar kubu’ untuk menyerang mana-mana orang awam yang disyaki peserta perhimpunan.
Dalam satu kejadian di Jalan Tunku Abd Rahman pula, Azan Ridzuan, 25, turut menjadi mangsa keganasan polis apabila beliau telah ditarik keluar dari Hotel Swiss dan dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan anggota polis.
Menurut Azan, ketika pihak polis menyerbu masuk ke Hotel Swiss, beliau sedang berada di lobi hotel bersama dua saudaranya.
“Masa tu saya ada bersama adik saya,isterinya dan beberapa orang yang tidak saya kenali.
“Tiba-tiba sahaja polis masuk serbu dan kami cuma terkejut dan tidak bertindak apa-apa melainkan mendiamkan diri sahaja.
“Bila mereka tengok tak ada sesiapa yang pakai baju BERSIH di situ, diorang cekup dan tarik saya secara rambang sahaja.
“Tanpa saya melawan, saya ditarik keluar dari hotel dan dipukul kira-kira sekumpulan 10 anggota polis dengan menggunakan cota dan tangan di kepala, badan dan tangan yang saya guna untuk lindungi muka saya.
“Bila saya tumbang, polis-polis itu masih memukul saya termasuk menendang di bahagian perut,” kata Azan kepada TVS.
Azan juga memberitahu selepas kejadian dipukul itu beliau telah diarahkan agar meninggalkan tempat itu dengan serta merta.
“Selepas tu mereka tengking saya, suruh tinggalkan tempat itu. Kalau itu sahaja sebabnya kenapa tak beritahu sahaja tanpa gunakan kekerasan kerana pada masa itu kami memang bercadang untuk pulang, tetapi memandangkan keadaan di luar tak selamat kami terpaksa berlindung dahulu di hotel itu sementara tunggu keadaan lebih selamat.
“Selepas berlari tak jauh dari situ saya rebah, pengsan dan bila sedar sahaja saya dapati saya sedang dibantu oleh beberapa orang awam yang berada di situ,” katanya lagi.
Sebelum itu di lokasi yang sama, Nani, 40 tahun telah kehilangan telefon bimbit berjenama Galaxy Note Samsung yang bernilai hampir RM2000 ringgit dipercayai diambil oleh seorang anggota polis.
Menurut Nani yang datang dari Kedah itu, telefon tersebut telah dihadiahkan oleh suaminya sempena harijadinya kira-kira seminggu lalu.
“Masa tu akak berada di tepi hotel sedang menghantar SMS, tiba-tiba polis datang menyerbu dan akak terkejut sampai telefon tu terlepas dari tangan.
“Akak terus tarik tangan anak akak lari ke dalam hotel. Cuma kurang tiga minit lepas itu bila akak sedar telefon tak ada, akak keluar cari, tetapi dah tak ada.
“Akak terus cuba hubungi telefon akak tu, mula-mula tadi ada nada dering tetapi tak dijawab, sekarang langsung dah ditutup” katanya.
Menurut seorang saksi kejadian, Remy, 31 tahun, beliau melihat sendiri salah seorang anggota polis yang datang menyerbu nampak telefon itu terjatuh dan mengambilnya.
“Saya tak jauh dari situ, memang nampak seorang polis yang sama-sama datang menyerbu, perasan telefon akak ni jatuh dan lepas itu dia ambil.
“Kalau saya nampak mukanya sekarang mungkin juga saya boleh cam lagi agaknya,” kata Remy.
Dalam perhimpunan BERSIH 3.0 semalam turut menyaksikan beberapa pemimpin politik dan NGO samada dipukul atau ditahan polis.
Antara yang turut menjadi mangsa keganasan polis ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dan lima aktivis SAMM lain yang turut dibelasah selepas ditahan pihak polis.
Dalam kejadian tersebut Chegu Bard telah mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan badan dengan kesan-kesan lebam dipercayai dipukul dengan menggunakan cota.
Selain Chegu Bard yang diberitakan telah dibebaskan hari ini, bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Aziz Bari turut ditahan.




Polis bukan sekadar menjadi penganas malah menjadi penyamun. Bukan sahaja pukul orang, mencuri harta rakyat.Dimana professionalnya, Hishamudin? Saorang demonstran dipukul oleh 30 orang anggota Polis, professional ke. Malu sikit lah hampir 250 negara di dunia melihat semua ini dalam web TV. Jangan nak temberanglah.
Kita nak lihat bila polis akan mengambil tindakan. Nak tunggu sampai kiamat ke? Gambar dari Youtube jelas sekali polis memang kasar biadap lagi tak senonoh langsung. kalau beginilah keadaan KPN, Hisham patut berhenti. MALU saja. Jangan kata Bersih tak boleh kawal, tetapi sebaliknya berlaku dengan anggota yang dibayar gaji dari duit rakyat !
Mcm ni lh beb,yg bagi komen ni nmpk sgt cetek sgt,nko org bg komen tk ikut akal,tp ikut propaganda,kan pihak polis dh melarang dr awal lg,sebab keadaan memang tk terkawal jika berhimpun seramai mcm tu,so nk salahkan siapa?ambiga ke atau pihak polis?atau pengikut yg bodoh ni,pikir sikit knp nk huru harakan bandaraya?mesti ada tujuan?tp yg semua pengikut ni tk paham?kalau kita tgk,apa pencapaian yg kita dpt dlm rusuhan ni?sy berada di tempat kejadian dr pukul 6.30am,semua aman,sehingga anwar dtg bakar semangat,dn pengikut maki hamun dan bertindak ganaz.So wajarkah polis nk biarkan diri mereka di rempuh?memang hak rakyat bersuara tu kena ada,tp perlukah hak rakyat ganggu keamanan yg telah kita kecapi selama berpuluh tahun ni?dan adakah semua rakyat Malaysia menyokong keganasan ni? Inilah tujuan yg anwar dan ambiga nak,mereka nak menyalahkan pihak berkuasa dgn menghuru harakan bandaraya ni.
memang nampak cetek…macam bodo2 je
Polis tk mengganas kalau pengikut tk mengganas dulu,mcm ni lh..apa pun propaganda yg ditaburkan adalah dgn rancangan yg telah diatur terlebih dulu,mungkin 6 bulan -1 tahun,sekarang kalau tk suka,kita undi parti yg kita nk semasa pilihanraya..sy dh 3 penggal mengikut pengkiraan undi,sy tk nmpk dimana penipuan,sedangkan pihak pembangkang atau pun pihak kerajaan,sama2 mengikut kotak undi sehingga undian selesai.satu lagi sy tau siapa yg pro ambiga mesti bangkang apa yg sy ckp,tpnsoalan sy..dimanakah penyelesaian atau apakah pencapaian yg kita dpt buat bersih 3.0 ini? Sy nmpk pencapaian yg kita nmpk adalah bukti pihak polis ganas,utk dijadikan issue semasa kempen pilihanraya nnt.
Ambiga adalah insan yg berani menganjurkan sesuatu yg terlarang kerana dia lawyer,tp dia lupa bukan semua rakyat menyokong ambiga,knp perlu ikut kehendak ambiga ni?kan ambiga ni pernah menyokong issue murtad ni dn nak kan kebebsan agama bg umat islam.dimana letaknya perjuangan islam pas selama ini dan pengikut islam semuanya?kita dpt lihat ramai budak2 aje yg buat kecoh,sebab ramai..biasak lh tu,kalau ramai berani,bila dh kena belasah marah pulak.apakah pihak polis nak berdiam diri jika keamanan dh tergugat? Dan adakah pelabur luar nak duduk kt sini lg?ini adalah rancangan politik semata2 dan ramai yg tk dpt lihat dgn lebih teliti dn kita boleh lihat bnyk negara islam yg buat rusuhan sekrng ni..persoalannya,mungkinkah kerajaan luar dr malaysia menaja semua pembangkang dlm negara islam ni untuk menghuru harakn negara sendir supaya negara islam nmpk extreme dn memang ada ciri2 keganasan yg dibenci oleh agama lain?