PETALING JAYA, 25 APR : Walaupun bertungkus lumus mengulang-kaji matapelajaran, namun segala impian Reshima Batumanathan untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecundang hanya kerana dia tidak memiliki kad pengenalan (KP).
Reshima, yang berasal dari Gombak, Kuala Lumpur dan menuntut di SMK Chong Hua, dihalang daripada mengambil SPM kerana tidak memiliki KP.
Beliau tidak diikhtiraf sebagai warga negara Malaysia walaupun kedua ibubapanya mempunyai KP.
Begitu juga dengan Vasantha Laksimi Gengalingam, 27, yang tidak diberi KP walaupun dia mempunyai bukti yang dia lahir di Malaysia.
Perkara yang sama berlaku kepada MP Kapar S.Manikavasagam di mana mendiang ibunya juga yang gagal didaftarkan sebagai rakyat Malaysia walaupun telah menetap di negara ini lebih 60 tahun.
“Malangnya kes yang melibatkan ibu saya sehingga dia meninggal tahun lepas masih belum selesai.
“Sebelum ini, saya dan ibu turun naik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana ibu pemegang kad pengenalan merah. Kalau ini berlaku kepada saya, apa lagi terhadap rakyat,” ujarnya.
Ketiga-tiga kes ini dipaparkan di dalam satu sidang media PKR bagi menunjukkan bagaimana masalah kewarganegaraan di kalangan komuniti India Malaysia masih tidak selesai hingga hari ini.
Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata di anggarkan 300 ribu individu dari komuniti India sehingga kini dinafikan hak kerakyatan mereka.
“Ini krisis besar. Kerajaan pada tahun lepas tampil dengan jalan penyelesaian dengan mengwujudkan kempen ‘My Daftar’.
“Tetapi hasil kajian dan analisis yang kamidijalankan, kami terkejut apabila anggaran sekurang-kurangnya jumlah 300 ribu kaum India masih belum berjaya didaftarkan dan mereka hanya memiliki kad pengenalan merah,” ujarnya.
Sebaliknya, kerajaan pusat melahirkan rasa bangga apabila kempen itu berjaya menyelesaikan enam ribu kes.
“Pencapaian tersebut tidak seharusnya dibanggakan malah rekod itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan skala kes yang belum diselesaikan.”
Surendran menambah, sikap kerajaan yang meremehkan urusan ini seolah-olah mereka mendiskriminasi kaum India yang lahir di negara ini.
ends





UBAH… Selamatkanlah Malaysia
Perubahan di tanganmu
Jom ubah… ABU!
Jiran saya seorang wanita keturunan india, ibu bapanya pemegang KP biru,
tetapi wanita ini tidak mempunyai KP walaupun dahulu beliau pegang KP negeri Sabah. Alasan kerajaaan wanita ini tiada surat beranak, bukti beliau lahir di Malaysia. Salinan KP ibubapa beliau tercatit alamat di Malaysia. Semua adik beradik beliau pemegang KP (biru) Malaysia. Pada satu ketika keluarga ini pernah pindah dari Selangor ke Negeri Sabah (dipindahkan oleh Syarikat Perladangan tempat bertugas ibubapa wanita ini). Wanita ini telah memohon untuk menukar KP beliau (KP yang bermula dengan H) kpd KP baru semasa beliau maseh di Sabah. Malangnya beliau telah berpindah kembali ke Semenanjung sedikit masa lepas itu. Semenjak itu beliau hanya menjadi pemegang kertas sementara yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah. JPM kata kertas itu sudah tidak laku lagi.
WAHAI MASYARAKAT KETURUNAN INDIA, SUDAH SAMPAI MASANYA ANDA TIDAK LAGI MEMBERI WALAUPUN SATU ( 1 ) UNDI KEPADA UMNO/BN. KALAU SAYANGKAN KETURUNAN ANDA DAN INGIN SELAMATKAN ANAK CUCU ANDA, JALAN YANG TERBAIK BAGI ANDA ADALAH PAKATAN RAKYAT (PKR,PAS, DAP).
Excellent Advice= To my Indian friends- You hang in there- do not
worry or despair. We are all affected & suffering at the hands of Tyranny, violence, belligerence anti social, war mongering government. God willing = we must kick out Umno-Bn once and for all. Together and stand up to claim our rights = to vote PR (PKR=PAS=DAP) is the right ticket & insurance & safest way to go for our children’s and grandchildren’s future. Stay Safe and look out for each other. Be Happy. God bless. Peace.
Inilah cara BN memerentah. Lebih 50 tahun sudah berlalu tak juga selesai, serupa macam masaalah kekurangan guru disekolah jenis kebangsaan.Tiap-tiap kali pilihan raya buat janji macam-macam, lepas itu menghilangkan diri dan duduk diam-diam sambil tunggu pilihan raya sekali lagi. Sampai tua tak selesai The whole process will repeat itself. Jawabnya ABU ! ABU ! ABU !