KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Komponen Pakatan Rakyat menyokong usaha yang dibawa oleh PAS agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘task force’ berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang di dakwa didalangi pihak SPR dan kakitangan Pejabat Jabatan Perdana Menteri.
Kata sepakat ini diperolehi setelah mendengar penjelasan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.
Sebelum ini, Mahfuz melancarkan Gerakan Anti Penyelewengan Ic (API) selepas membuat pendedahan berhubung dakwaan wujudnya gerak kerja pemberian kad pengenalan yang melibatkan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, tuntutan ini sejajar dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan yang mahukan pembersihan daftar pemilih setelah siri pendedahan yang dibuat menunjukkan wujudnya keraguan yang membimbangkan.
“Kita akan mendukung usaha ini. YB Mahfuz sudah memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam tentang usaha ini. Sudah tentu ini menjadi agenda bersama Pakatan Rakyat untuk memastikan daftar pemilih benar-benar bersih tanpa ada sebarang penyelewengan, tidak memberikan hak mengundi kepada warga asing.
“Hal ini merupakan isu dan perdebatan hangat sekarang dan usaha ini. Kita akan mendokong demi menjaga kedaulatan negara ini dakam PRU akan datang,” katanya.
Sementara itu, DAP turut menyatakan sokongan terhadap perkara ini dan berharap agar pihak yang melakukan pengkhianatan kepada negara dibawa ke muka pengadilan.
Ahli Parlimen Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan sebarang sokongan terhadap apa-apa penubuhan suruhanjaya.
“Perkara ini perlu disiasat kerana memberi ancaman kepada negara agar kebenaran dapat dijelaskan kepada semua orang,” katanya.



PKR, DAP Sepakat ‘Task Force’ Suruhanjaya Diraja Di-Alu alukan Di-tubuhkan dengan SEGERA.
Ketenteraman, Kedaulatan, Keamanan negara kita Malaysia ini dalam kritikal terancam = kerana melanggar undang2 Bersih (Benar).
Ayuh, mari kita bersama2 bergabong dan menyokongTindakkan ‘Task Force’ ini untuk membersihkan PRU 13.
KONSEP BERSIH = Benar mengikut undang2 Allah = Negara yang mendukung undang2 Bersih(Benar) di-jamin oleh Allah berjaya = maju dan bahgia. Hak asasi maanusia terjamin untuk semua, biar apa pun bangsa, warna, fahaman, sosial status, situasi perbelanjaan atau ahli gabungan politik. Salaam Sejahtera.