Umno-BN Jahil Tentang Masalah Kewarganegaraan Komuniti India

KP merah 01

SHAH ALAM, 24 APR : Exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar menggesa Barisan Nasional supaya hentikan penghinaan terhadap masyarakat India, dan menyelesaikan masalah mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan walaupun lahir di Malaysia.

Dr Xavier membidas kenyataan calon BN Pasir Gudang, Normala Abdul Samad meminta masyarakat India yang menanti 55 tahun untuk diiktiraf sebagai warganegara supaya menunggu proses permohonan kerajaan.

“Kenyataan beliau mengaitkan isu India yang tiada kewarganegaraan kepada isu masalah kewargenegaraan di Sabah mencerminkan kejahilan beliau.

“Ia seperti mengatakan individu Indian yang tiada kewarganegaraan sebagai bukan warganegara Malaysia.

“Orang India telah mendiami Malaysia daripada sebelum Merdeka. Komuniti tersebut sudah melahirkan generasi yang ke-empat dan kelima. Sumbangan mereka kepada pembangunan negara ini tidak boleh dinafikan,” kata Dr Xavier di dalam satu kenyataan.

Laporan media sebelum ini pernah memaparkan kes individu India yang mempunyai kad pengenalan warna merah walaupun dilahirkan di Malaysia.

Ada juga pelajar yang lahir di Malaysia tetapi dibenarkan menduduki peperiksaan kerana tidak mempunyai KP biru walapun adik-beradik mereka mempunyai KP biru.

Ketiadaan dokumen kewarganegaraan ini menyebabkan mereka yang terkesan tidak mendapat pendidikan, pekerjaan dan bantuan-bantuan kerajaan.

Normala ketika ditemubual wartawan Malaysiakini berkata Kerajaan Malaysia tidak boleh memberikan kewarganegaraan dengan mudah kepada rakyat berketurunan India sepertimana dasar kerajaan keatas pendatang-pendatang haram di Sabah.

Menurut Xavier, kira-kira 200,000 rakyat India dan Melayu yang kewarganegaraan mereka tidak diikhtiraf.

“Perdana Menteri Dato Ser Najib Razak menganugerahkan 120 kad pengenalan biru baru-baru. Ini bukti bahawa kerajaan BN menyedari masalah ini, tetapi tidak mempercepatkan penyelesaiannya,” kata Dr Xavier yang juga calon DUN Seri Andalas.

Pada September 2012, pemimpin Pakatan Rakyat Selangor menyerahkan 800 permohonan dari mereka untuk mendapat KP biru kepada Jabatan Pendaftaran Negara di Klang.

Menurut Dr Xavier, respon dari JPN tidak berkesan dalam menyelesaikan masalah ini.

“Pakatan Rakyat mempunyai iltizam untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa 100 hari sekiranya diberi mandat memerintha Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

About TVSelangor