Aziz Bari Lawan BN Di Parlimen Sabak Bernam

Aziz Bari Lawan BM 02

SABAK BERNAM, 20 APRIL : Kerusi Parlimen Sabak Bernam (P092), DUN Sungai Air Tawar (N 01) dan DUN Sabak (N 02) bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN.

Semua pencalonan disahkan serta diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 11.00 pagi tadi.

Bagi Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari (PKR) yang merupakan Mantan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) yang juga pakar Undang-Undang Perlembagaan akan berdepan dengan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN).

Aziz Bari dicadangkan oleh Abdul Talib Bujang dan disokong oleh Mah Eng Kian.

Manakala untuk DUN Sungai Air Tawar calon PAS Wahid Rais (60) pesara guru yang juga Ketua Penerangan PAS kawasan Sabak Bernam akan ditentang calon BN, Kamarol Zaki Abdul Malik.

Sementara di DUN Sabak, Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi akan berhadapan dengan calon BN, Abd Halim Udin.

Sebelum itu, Kira-kira 2,500 penyokong Pakatan Rakyat berarak kira-kira 1.5 kilometer bagi memberikan sokongan kepada calon mereka sehingga ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Tun Razak di sini.

Mereka berkumpul seawal jam 7.00 pagi bagi memberikan dokongan dan sokongan kepada para calon dari Pakatan Rakyat.

Aziz Bari Lawan BM 01Kesemua calon memasuki Pusat Penamaan Calon Di Dewan Tun Abdul Razak di sini pada kira-kira awal jam 9.00 pagi.

Dalam pada itu, calon DUN Sabak, Sallehen Mukhyi yang ditemui berkata, beliau yakin memasuki pilihan raya untuk kali keempat dalam PRU-13 ini berkeyakinan untuk mencapai kemenangan setelah menang untuk kali pertama pada PRU 1999 lepas.

Katanya, jika beliau diberi peluang untuk memenangi dalam PRU ini akan memperbaiki kawasan pekan di Sabak Bernam ini dengan lebih teratur serta mempertingkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

“Kita apabila nanti akan melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat yang telah digariskan serta penyediaan peluang pendidikan kepada pelajar.

“Ramai masyarakat miskin di Sabak Bernam ini tinggal di kawasan ini yang sudah lama tidak distrukturkan jadi ia membantutkan persaingan dari segi ekonomi dengan keperluan yang terhad,” ujar beliau.

Dalam PRU-12, BN menang di kerusi Parlimen Sabak Bernam dengan majoriti 1,335 manakala di DUN Sabak, BN menang di DUN Sungai Air Tawar dengan hanya majoriti 123 dan di DUN Sabak, BN menang dengan majoriti 117.

Tinjauan rambang terhadap peniaga-peniaga di Pekan Sabak Bernam, rata-rata menyatakan keyakinan akan berlaku perubahan dalam PRU-13 ini berdasarkan sokongan terhadap PR untuk menerajui perubahan sejak 50 tahun.

Pendapat Anda

Pendapat

About Mohd Ezli Mashut