Selangor Kekang Kenaikan Tarif Air Demi Kebaikan Rakyat

air 2

BANGI 26 FEB : Dalam tempoh lima tahun pertama pentadbirannya, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjaya mengekang kenaikan tarif air dua kali demi membela nasib rakyat.

Mengikut perjanjian dimeterai, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) boleh menaikkan tarif air tiga tahun sekali iaitu pada 2009 sebanyak 37 peratus diikuti 2012 (25 peratus), 2015 (20 peratus) dan seterusnya.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kerajaan Negeri bertindak demikian kerana menyedari ia hanya memberi keuntungan kepada Syabas dan pihak berkepentingan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA“2008 hingga 2013 Syabas ada hak untuk menaikkan tarif air dua kali hingga lebih kurang 60 peratus. Kalau kita lihat tambahan harga itu maksudnya setiap keluarga di Selangor dalam masa lima tahun sudah jimat RM1,200.

“Ini kerana 20 meter padu air percuma RM11.40 sebulan, dalam masa setahun sudah seratus ringgit lebih sudah jimat.

“Keluarga yang tidak pakai meter individu pula tetap untung sebab kadar tarif air tidak naik. Walau tidak menikmati air percuma, mereka tetapi jimat RM800 dalam masa lima tahun,” katanya dalam Forum Air Untuk Rakyat di sini malam tadi.

Ronnie berkata, masyarakat di Selangor tidak seharusnya berasa bimbang kerana negeri mempunyai simpanan air yang cukup bagi tempoh beberapa tahun akan datang dan tidak memerlukan projek pembinaan loji Langat 2 buat masa ini.

Menurutnya, kadar simpanan air di empangan seperti Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Klang Gate, Subang dan sebagainya semua penuh dengan air.

“Kita ada 35 loji yang semua beroperasi dengan baik. Kalau ikut spesifikasi loji, kapasiti optimum kita boleh dapat 4,832 juta liter air sehari.

“Kalau bandingkan dengan statistik agihan sebanyak 4,546 juta liter sehari, ini bermakna kita ada lebihan kapasiti enam peratus. Kita tidak ada kekurangan air dan krisis air. Kita hanya ada krisis yang dicipta Umno-BN dengan bantuan Syabas,” katanya.

Sementara itu, Senator Syed Shahir Syed Mahmud berkata, krisis air di Selangor yang digembar-gemburkan hanya mainan politik Umno-BN menerusi media arus perdana dikuasainya.

“Kak Ros (Datin Seri Rosmah Mansor) angkat baldi. Tak pernah terfikir kita, Kak Ros angkat baldi. Itukan lakonan politik.

“Keyakinan anda semua terhadap pemerintahan (Pakatan Rakyat) yang adil dan saksama mestilah kita teruskan. Ada masalah di Selangor, kita boleh selesaikan malah masalah di tempat lain dan saudara lihat macam mana masalah ketidakcukupan air di Pahang dan Johor.

“Dia (Datuk Seri Najib Razak) sibuk di Kelantan tapi di tempat dia tiada air. Perdana Menteri, negeri dia sendiri tidak ada air,” katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

About Hafizan Taib