SHAH ALAM, 13 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu ini bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei.
Menurut Abdul Khalid, hasil perbincangan akan diumumkan kelak memandangkan kepimpinan negeri mula kembali bertugas selepas perayaan Tahun Baru Cina.
“(Pengesahan pembubaran dan pertemuan) belum lagi (diputuskan), itu akan diumumkan selepas perjumpaan dalam minggu ini,” jawabnya ringkas.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri menaytakan hasrat akan membubarkan DUN Selangor lebih awal jika Kerajaan Persekutuan masih tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai tarikh parlimen akan dibubarkan.
Kerajaan Negeri berpendirian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak boleh dilengah-lengahkan lagi dan sedia membubarkannya lebih awal memberikan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baru.
Sebelum ini Abdul Khalid berkata tujuan Kerajaan Negeri hendak bubar lebih awal adalah untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pemburan lebis awal.




bubar saja.. 72 hari lagi parlimen akan terbubar secara automatik.
PM masih belum nampak tarikh keramat, lepas kena boo di penang .. petanda semakin teruk.
salam semua,
Soal nya sekarang adakah Kerajaan PR yakin boleh menang selesa? Macamana hal Pengundi Hantu tu? Sepanjang PR memerintah saya tak dapat rasa apa apa yang boleh menggembirakan saya. Cukai pintu saya telah dinaikkan 5 % oleh MPAJ apabila PR memerintah, sebelum ini belum pernah saya kena bayar kenaikan itu. Golongan macam saya yangtak punya pendapatan tetap tak dapat apa apa pun , BRIM pun saya tak layak kerna Isteri saya yang makan gaji pendapatan nya RM5000 sebulan maka saya tak layak dapat BRIM itu. Saya pun tak tahu mana nak mengadu. Apa yang dapat saya nikmati sekarang ini secara terus adalah AIR PERCUMA . Sejak PR memerintah saya hanya bayar sekali saja. Apa pun saya adalah pengundi tetap oposisi dari tahun 80 han dulu, tak pernah saya ngundi BN. Sekian.
Pakatan Rakyat PAS DAP PKR VS BN/MCA/MIC
FREE 20 m3 Air terawat Naik 20 % konsesi
FREE Wifi SKMM tido
Reduce Car Price Kroni AP untung
Telus efisen Rasuah