KUALA SELANGOR, 11 FEB: Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan bahawa komuniti Melayu di kawasan Jelatek, Kuala Lumpur terpinggir akibat projek pembangunan bercampur Datum Jelatek.
Sebaliknya penduduk Melayu yang menjual kediaman mereka untuk projek itu telah menerima keuntungan berlipat kali ganda apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membayar RM 300,000 kepada mereka.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berkata pemilikan pangsapuri mewah Datum Jelatek akan terbuka kepada semua, termasuk pembeli Melayu.
Abdul Khalid menjelaskan bahawa premium tinggi RM 300,000 tersebut bermakna pemilik pangsapuri kos rendah yang rumah mereka dibeli untuk projek tersebut menerima keuntungan kira-kira RM 280,000 setiap seorang.
Ini kerana harga asal pangsapuri kos rendah mereka hanya sekitar RM 20,000.
Keuntungan tersebut membolehkan penduduk terlibat membeli kediaman lain yang jauh lebih selesa berbanding pangsapuri asal mereka yang mempunyai dua bilik.
Menurut Abdul Khalid pembelian unit-unit projek bernilai RM 700 juta itu akan terbuka kepada semua pihak khususnya pelabur Melayu dan bumiputra di negara ini.
“Melayu juga ramai yang kaya dan mampu (contohnya) di Shah Alam lebih 50 peratus yang mendiami rumah-rumah kos tinggi adalah Melayu,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan Masjid Ar-Rahman (Lama) di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya di sini.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa beberapa individu Melayu yang mendiami kawasan projek Datum Jelatek mendakwa mereka dipinggirkan dan tidak mendapat bayaran premium yang setimpal daripada PKNS.




projek ini di beri pada syarikat dari china.awak cuba spin konon melayu untung.yang betul,wiramas sdn bhd hanya paid up 100k.qs kata harga 600 plus mil tapi awak gila minta under paid to contractor.
gm senyum sebab value engineering sahabat dia.
melau nak beli kalau jual rgt 1600 psf?
GILA
mont kiara sekarang rgt 600 psf pun tak jalan …
becareful…runtuh bangunan ni….china ketawa…worldwide nak bayar ke?
Salam semua, saya selalu melalui jalan jelatek itu, saya nampak banner dan bunting yang menentang The Chinese Twin Tower itu.
Pada saya projek itu sudah tentu akan dibeli oleh golongan kaya yang majoriti nya adalah orang bukan Melayu. Kerana projek itu sangat dekat dengan stesen LRT Jelatik. Orang Melayu majoriti takkan mampu nak beli lot lot di situ kerana wang RM300000 itu mau beli rumah teres di pinggir kota pun belum tentu mampu. Bagi kaum bukan melayu ya itu pemaju china bagi mereka sejuta atau ua juta itu hanyalah tahi gigi saja bagi mereka itu sebab mereka sanggup beli tanah tanah FELDA dan peneroka hanya dapat sejuta dua juta saja.
Tapi saya tidak menyalahkan orang China atau orang bukan Melayu kerana mereka ada wang. Soal nya sekarang ialah Orang melayu di kawasan Majoriti Melayu terasa terancam dari segi popolusi , politik, sosial dan ekonomi. Sekian.
Saya rasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kena turun padang dan berjumpa dengan penduduk di situ. Masalah utamanya bukan hal pampasan. Masalahnya ialah BETULKAH DUA BLOK TELAH DIJUAL KEPADA PEMBELI DARI SINGAPURA (IAITU KAUM CINA). Harga untuk setiap unit yang tidak dibeli oleh pembeli dari Singapura ini juga dianggarkan antara 700k ke atas!
Projek ini juga dikatakan akan melibatkan pembesaran Jalan Enggang menjadi 4 lane, ini akan mengganggu penduduk di kawasan tersebut kerana ia akan menyukarkan mereka yang telah berpuluh tahun tinggal di situ.