
KUALA SELANGOR, 11 FEB: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia untuk berdebat mengenai isu air Selangor dengan mana-mana calon Menteri Besar Selangor daripada Umno-BN.
Menurut Abdul Khalid, dengan mengadakan debat, masyarakat Selangor akan mendapat manfaat dengan membuat penilaian dan perbandingan di antara cara pengurusan perkhidmatan air Selangor oleh Pakatan Rakyat Selangor and Umno-BN.
“Baguslah kalau (Datuk Seri) Noh Omar mahu berdebat, kalau dia bakal Menteri Besar, kita boleh berdebat,” ujar beliau dalam sidang media di Kampung Bukit Badong di Bestari Jaya pagi tadi.
Pengurusan perkhidmatan air di Selangor adalah antara isu utama yang akan menentukan gagasan mana akan berjaya memerintah negeri pada pilihanraya akan datang.
Dalam lima tahun pentadbiran, 92 peratus pengguna domestik di Selangor telah mendapat faedah daripada skim air percuma 20 metre padu.
Di samping itu, kenaikan tarif tarif air sebanyak 52 peratus yang diminta oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh itu, telah berjaya disekat oleh pentadbiran Abdul Khalid.
MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dilaporkan mencabar Abdul Khalid untuk berdebat dengan beliau dalam isu air Selangor.
Perebutan jawatan Menteri Besar di kalangan pemimpin Umno-BN Selangor terus hangat apabila beberapa nama disebut bakal menyandang kerusi itu sekiranya Umno-BN berjaya merampas semula pentadbiran Selangor dari Pakatan Rakyat.
Selain Noh yang kini Timbalan Ketua Umno Selangor, nama lain yang turut disebut adalah Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman.



Selangor mestilah menyelamatkan wang rakyat selangor daripada umno dengan cara menyalurkan sebahagian wang negeri kepada Simpanan tetap. Simpanan tetap ini hanya boleh dikeluarkan selepas 20 tahun.
NOHO is cakap kosong saja bukan berani hendak berdebat kerana orang UMNO/BN sudah dibuktikan beberapa waktu dan ketika, hanya pandai bercakap tanpa asas menggunakan propaganda Utusan Meloya, Berita Hairan dengan dibantu oleh TV3 Suku.
Ini negeri Selangor dimana rakyatnya berkemampuan berfikir secara rasional, kalau NOHO takut berdebat maknanya UMNO sudah lapuk ketinggalan zaman dan menhampiri tarikh luput pun masih lagi mahu menyalahgunakan kuasa
NOHO is cakap kosong saja bukan berani hendak berdebat kerana orang UMNO/BN sudah dibuktikan beberapa waktu dan ketika, hanya pandai bercakap tanpa asas menggunakan propaganda Utusan Meloya, Berita Hairan dengan dibantu oleh TV3 Suku.
Ini negeri Selangor dimana rakyatnya berkemampuan berfikir secara rasional, kalau NOHO takut berdebat maknanya UMNO sudah lapuk ketinggalan zaman dan menhampiri tarikh luput pun masih lagi mahu menyalahgunakan kuasa
Mana NOHO berani kerana orang UMNO/BN hanya pandai bercakap selorong sahaja melalui alat propaganda Utusan Meloya, Berita Hairan dibantu oleh TV 3 Suku. Lagi pun saperti yang kita alami, kesemua wakil UMNO/BN ini kurang berdaya saing dan boleh berfikir secara rasioal serta tidak mampu mengutarakan idea-idea baru lagi kreative. Hampir kesemua wakil UMNO/BN adalah pak turut dan menhanggok cakap boss sahaja
Ini ditambah teruk lagi dengan RASUAH yang dilakukan oleh wakil-wakil ini dan sedih sekali tidak mahu mengaku pula
YAB MB tolong jangan biarkan mereka(gila kuasa) dari UBN merampas balik Selangor….Kami(rakyat) dah cukup derita yang disebabkan oleh celaka UBN! Mereka hanya belanja 90% pendapatan milik rakyat kepada kroninya! 10% untuk kebajikan rakyat demi melindungi jawatan mereka! Kami amat gembira dengan pelan terkini yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor PR…
Jangan sesekali benarkan Umno/BN cuba dapatkan kembali bumi Selangor. Kami rakyat Selangor telah dapat buat penilaian yg mana intan yg mana kaca. Sekadar contoh: Dlm Parlimen Selayang wakil rakyat BN buat bunglow berjuta. Kalu kumpul duit elaun (tak guna) pun jgn harap dpt bina. Hairan bin ajaib dari mana dia dpt duit sebanyak itu
Jauhi korapsi BN..