HULU SELANGOR 8 FEB : Satu lagi projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dikenali Projek Idaman PKNS Antara Gapi bakal berada di pasaran menjelang Disember 2014.
Ia merupakan projek Rumah Mampu Milik ketiga yang dibina PKNS selepas di Bukit Botak Selayang dan Bandar Baru Bangi.
Timbalan Pengurus Besar PKNS, Ir Abdul Ghani Hashim berkata projek itu bakal menempatkan 129 unit rumah teres 1 1/2 tingkat pada harga bermula dari RM100,000 – RM120,000 sebuah bergantung kepada keluasan lot tapak.
“Bahkan menerusi harga menarik yang ditawarkan, PKNS menanggung subsidi sebanyak RM4.2 juta,” katanya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong usaha menyediakan Rumah Mampu Milik bagi memastikan rakyat memiliki rumah sendiri.
Katanya, PKNS membina projek perumahan kos tinggi bukanlah untuk mengaut keuntungan semata tetapi ia disalurkan kepada masyarakat yang belum memiliki rumah.
Ujarnya, ia dilakukan dengan memberi subsidi kepada projek RMM seperti di Bukit Botak sebanyak RM79.6 juta dan di Bandar Baru Bangi sebanyak RM12 juta.
“Dengan pencapaian PKNS selama ini yang tidak mempunyai projek terbengkalai, saya harap rakyat Selangor terus memberikan sokongan kepada PKNS,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman PKNS Antara Gapi di Serendah di sini.
Dalam pada itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Selangor telah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Rumah Mampu Milik dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan keputusan pembangunan itu.
Katanya, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan ia dianggotai oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor.
“Setakat ini seramai 942 pemohon telah mengisi borang untuk memohon perumahan mampu milik,” kata Iskandar.





Assalammuaikum,dimanakan sy nak ambil borang dan cara nak mohom
Borang Mampu Milik boleh dibeli di kaunter Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di Bangunan SUK Shah Alam berharga RM5.00. Waktu urusan di kaunter bayaran adalah 8.00 am – 4.00 am (Isn – Khamis), 8.00 am – 12.15 pm, 2.45 pm – 4.00 pm (Jumaat)
Nak jugak… Nak berhubung dgn sape ek
Pembelian rmh ini ada syarat ke? Klu ada, apakah syarat2nya.tk
SYARAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DI NEGERI SELANGOR
1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Bermastautin di Negeri Selangor.
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan.
4. Satu keluarga satu permohonan sahaja.
5. Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah
sama ada melalui projek kerajaan atau swasta.
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK DI NEGERI SELANGOR
1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Pendapatan isi rumah di antara RM2,500.00 hingga
RM5,000.00 sebulan.
3. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah
kediaman di Selangor. Namun, Pemohon yang telah memiliki
rumah kos rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh
memohon rumah mampu milik sebagai rumah kedua tetapi
tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pemohon.
4. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh
memohon.
5. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON :
1. Pemohon perlu membeli
a. Borang SPP01 – Borang Permohonan Rumah Kos Rendah
(RM2.00); atau
b. Borang SPP03 – Borang Permohonan Rumah Mampu Milik
(RM5.00)
di kaunter Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor atau di
mana-mana kaunter Pejabat Tanah/Daerah berdekatan.
(Sila pastikan waktu berurusan di kaunter bayaran terlebih
dahulu)
2. Sila isi dengan jelas setiap butiran yang diperlukan dan
lampirkan bersama dokumen sokongan seperti di Senarai
Semak SPPR-03/2007.
3. Pemohon perlu datang sendiri untuk menyerahkan borang yang
telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan dan Senarai
Semak SPPR-03/2007 ke Lembaga Perumahan dan Hartanah
Selangor atau ke mana-mana Pejabat Tanah/ Daerah
berdekatan.
LAYARI : http://lphs.selangor.gov.my/main.php untuk maklumat lanjut
ada lagi tak umah tu
Saya asal sarawak dan kad pengenalan masih lagi beralamat kan kuching sarawak bole ke mohon rmh kos rendah ni?
saya orang kl bolehke saya mohon rumah diselangor.
rumah di bukit botak selayang masih ada..kosong untuk di
jual berapa harga rumah tu.