SHAH ALAM 8 FEB : Pakar dari dalam dan luar negara akan dipanggil Kerajaan Negeri berhubung pembinaan projek “Rumah Mampu Milik Pasang Siap” yang mula dilaksanakan menerusi Belanjawan 2013.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pakar-pakar luar negara dari United Kingdom dan Jepun itu akan diminta memberikan pendapat dan cadangan dalam penyediaan rumah itu nanti dengan cara yang terbaik.
Katanya, hasil pembinaan itu, rakyat akan dapat menikmati dengan harga yang murah iaitu tidak melebihi RM100,000.
“Di Selangor, khusunya Shah Alam, harga tanah semasa tinggi, setiap lima tahun tanah yang berharga RM10 sekaki akan menjadi RM30 sekaki, kalau harga tanah tinggi lagi ramai yang mahu membelinya.
“Jadi untuk rakyat yang tidak mampu, itu kita akan sediakan mereka rumah mampu milik. Dan menjadi polisi Kerajaan Negeri, setiap pembangunan tanah di 10 ekar tanah, mestilah mempunyai projek pembinaan rumah mampu milik,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Bengkel Pengurusan Tanah negeri bagi tahun 2008-2012 .
Hadir sama Pengarah PTGS, Datuk Kamarulzaman Jamil dan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail.
November lalu, dalam sidang Dewan Negeri (DNS) sejumlah RM50 juta diperuntukkan bagi tujuan pembinaan Rumah Mampu Milik melalui projek “Rumah Mampu Milik Pasang Siap” (Prefabricated Packages Home) yang bakal dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mulai ini menerusi Belanjawan 2013.
Inisiatif itu bertujuan membantu rakyat yang terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran pada ketika ini.
Projek itu diyakini mampu memberi keseimbangan terhadap harga tinggi dalam trend lonjakan harga rumah kesan daripada penawaran dan permintaan pasaran akibat pengambilan untung yang keterlaluan dikalangan pemaju.
Melalui projek itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperbaiki kesan-kesan harga pasaran yang terjadi akibat aktiviti persaingan spekulasi dalam perniagaan hartanah.




apakah yg dimaksudkan sebagai rumah mampu milik bawah 100 ribu ringgit? 2 bilik? 16′ x 50′?
ini kerana terdapat beratus rumah dari projek terbengkalai Talam Corp yg diambil alih kerajaan negeri di Puchong, iaitu La Cottage Putra Perdana cuma bersaiz 18′ x 55′ (atau 60′), rumah jenis 2 tingkat, 3 bilik+2 tandas, build up tidak lebih 1,300 kaki persegi tapi harganya mencecah 250,000 ringgit.
harap kerajaan negeri dapat memantau aktiviti agensi yang melonjakkan harga dalam secondary market hanya utk mengaut keuntungan atas angin memandangkan pada harga yg menandingi harga yg ditawarkan PR1MA, maka tidak ada bezanya antara kerajaan PR dan BN.
rumah di kawasan bekas lombong pasir itu juga juga mempunyai banyak kes rekahan dan mendapan yang bagai menanti bencana. harap ada tindakan susulan proaktif sempena PRU yg menjelang tiba.
Bagaimana cara untuk memohon rumah mampu milik?