Pusat Kecantikan Jana Usahawan Baru

pusat kecantikkan inpens salbiah yunus rodziah 02

KUALA SELANGOR 03 FEB : Bagi membantu golongan belia Selangor menceburi bidang perniagaan, Kerajaan Negeri membuka sebuah Pusat Kecantikan, Spa, Dandanan Rambut dan Jahitan BeS di Kuala Selangor.

Pusat kecantikan itu sebahagian daripada Program Inkubator Usahawan Belia Ehsan Selangor dan dibina melalui peruntukan RM 90,000 daripada Geran Selangorku.

Pusat yang akan dikendalikan oleh enam pelatih dan bekas pelajar Kolej Antarabangsa INPENS itu, mampu melahirkan belia yang berjaya dalam bidang perniagaan.

Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Puan Sri Salbiah Tunut berharap pusat itu dimanfaatkan sepenuhnyh.

pusat kecantikkan inpens salbiah yunus rodziah 03“Bagi mereka yang menerima faedah daripada inisiatif Kerajaan Negeri ini, kita mahukan belia-belia ini dapat menjadi seorang yang inovatif, kreatif dan proaktif.

“Kita tidak mahu mereka ini hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’. Apa yang diharapkan Menteri Besar, supaya belia-belia yang ada di luar sana tidak hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan tetapi mestila berdikari dan berintegriti.

“Tanggungjawab kita membantu dari segi pandangan dan bantuan sahaja. Tugas mereka pula, bangunkan dengan pelbagai langkah
lain,” katanya ketika merasmikan pusat kecantikan itu.

Beliau juga berkata empat perkara yang mesti diamalkan untuk menjadi usahawan adalah memberi perkhidmatan yang baik, cara memberi perkhidmatan, tempat khidmat yang sesuai dan niat untuk menjadi maju.

Pusat yang terletak di tingkat 2, NO 1, Jalan Bendahara 1A, itu mempunyai fasiliti mempunyai perkhidmatan dandanan rambut, kecantikkan, spa dan jahitan.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Rohany Datuk Talib ;  Exco Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail.

Turut hadir, Presiden INPENS, Datuk Dr. Mohd Mydin Mohd Sheriff dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Noraini Roslan.

Dalam pada itu, Dr Yunus berkata pihaknya sedang merancang untuk membuka pusat kecantikan yang sama di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

pusat-kecantikkan-inpens-k-selangor-01“Bagi program keusahawanan ini, geran yang kita terima adalah sebanyak RM 30 juta. Daripada geran ini, kita akan menggunakan sebaiknya bagi membantu belia kita,” katanya.

Sementara itu, seorang pelatih pusat kecantikan itu yang juga bekas pelajar Inpens, Irmadiana Sahalan, 25, berkata inisiatif membantu belia seperti ini bagi sukar didapati di tempat lain.

Katanya, peluang itu akan digunakan dengan sebaiknya bagi menjadi usahawan yang berjaya satu hari nanti.

Pelatih lain, Nurul Shahira Rozali, 22, dari Rawang berharap beliau dapat menjadi ‘role model’ kepada belia lain.

“Saya akan cuba mempromosikan pusat kecantikan ini selain memberi khidmat yang baik kepada pelanggan,” katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

About Norhayati Umor