Bubar Parlimen : Kerajaan Pusat Wajar Teladani Selangor Umum Awal

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 08

KUALA SELANGOR, 2 FEB: Kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN wajar mencontohi Kerajaan Negeri Selangor yang telus memberi maklumat tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor kepada pengundi di negeri ini.

Tindakan tersebut turut dilihat adil kepada semua pihak termasuk parti politik lawan dalam membuat persediaan awal menghadapi kempen pilihan raya.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pengumuman awal juga dapat memudahkan rakyat negara ini membuat perancangan untuk mengambil cuti dan persediaan untuk pulang ke kawasan mereka mengundi.

“Kira-kira dua hari lepas, Kerajaan Australia juga dah umumkan tarikh pilihan raya pada 14 September, lama lagi tetapi dah umum awal.

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 03“Tetapi Perdana Menteri dari setahun ke setahun masih tak umum lagi,” ujar beliau.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru ini, Abdul Khalid berkata beliau akan memohon perkenan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor sekiranya Kerajaan Pusat masih enggan membubarkan parlimen.

Kenyataan beliau itu merupakan kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini – mengumumkan tarikh pembubaran lebih awal.

Dalam sejarah 12 kali pilihan raya umum diadakan, tarikh pilihan raya dianggap sebagai rahsia besar yang hanya diketahui oleh Perdana Menteri sekaligus keadaan ini memberikan kelebihan kepada parti pemerintah dalam membuat persediaan menghadapi pilihan raya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beberapa kali ‘mengacah’ pemerhati politik dan masyarakat negara ini dengan memberikan gambaran beliau akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat.

Dalam perhimpunan ulang tahun Umno ke 60 yang diadakan di Bukit Jalil Mei lalu Najib berkata “Rasanya esok saya nak menghadap Yang di-Pertuan Agong.”

Ketika menyampaikan ucapan perasmian mersyuarat perwakilan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Baling Kedah 30 Ogos lalu, Najib sekali lagi mengeluarkan kenyataan hampir sama.

Ekoran kenyataan-kenyataan beliau itu, pelbagai spekulasi tarikh pilihan raya dikeluarkan oleh beberapa media dan penganalisis politik.

Bagaimanapun, Najib dilihat membuat pusingan ‘U’ apabila baru-baru ini beliau berkata akan membubarkan parlimen apabila mandat yang ada sekarang berakhir sebagai menghormati mandat yang diberikan rakyat.

Pendapat Anda

Pendapat

About Nazli Ibrahim