CEO Kumpulan Semesta Belum Dipecat, Kena Jawab Inkuari Dalaman

MB - beri limau Pekan Bestari Jaya Ijok 01

KUALA SELANGOR, 2 FEB: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Wan Abd Halim Wan Ismail perlu menjawab surat tunjuk sebab dari Ahli Lembaga Pengarah KKSB terlebih dahulu sebelum ia boleh dipecat dari jawatan yang disandangnya itu.

Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, barulah beliau akan dipecat serta merta dari jawatannya itu.

MB - beri limau Pekan Bestari Jaya Ijok 02Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan meminta Wan Abdul Halim memberikan penjelasan itu dicapai setelah Ahli Lembaga Pengarah KSSB mengadakan inkuari dalaman sebelumnya.

“Jika dia tidak buat penjelasan, bererti dia menerima keputusan Ahli Lembaga Pengarah KKSB.

“Pasal pecat atau tidak belum lagi, tetapi harus mengikut tatacara inkuari dalaman yang mesti dilakukan,” kata beliau.

Bagaimanapun ketika ditanya alasan Wan Abd Halim diberikan surat tunjuk sebab, Abdul Khalid hanya memberitahu Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta layak memberikan jawapan.

Menurut Abdul Khalid lagi, Wan Abdul Halim juga berhak membawakan isu ‘pemecatannya’ mengikut saluran undang-undang ke mahkamah perindustrian sekiranya merasakan beliau tidak diberikan keadilan secukupnya.

MB - beri limau Pekan Bestari Jaya Ijok 03Abdul Khalid turut berkata dalam satu perbincangan antara Kerajaan Negeri dan Transperacy International sebelum ini, badan bebas antarabangsa itu ada menasihatkan agar hanya memilih individu yang tiada sebarang kepentingan sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat milik Kerajaan Negeri.

Sebelum itu, Abdul Khalid petang tadi mengambil kesempatan bertemu masyarakat Pekan Bestari Jaya sambil mengedarkan limau mandarin sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang 10 Febuari nanti.

Beliau yang juga merupakan Adun Ijok itu mengucapkan terima kasih kepada pengundi Bestari Jaya yang memilih beliau sebagai Adun kawasan terbabit dalam pilihan raya umum lalu.

Pendapat Anda

Pendapat

About Nazli Ibrahim