Masa Depan Rakyat Selangor Ditangan Daftar Pemilih SPR

Rodziah Ismail Rasmi Pusat Siber Rakyat 05

KOMENTAR : Jika pengundi Selangor menjadikan prestasi Kerajaan Negeri sekarang sebagai faktor penentu undian, tidaklah sukar meramalkan pihak yang bakal menerajui pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 CoverpageRingkasnya kemenangan dalam PRU-13 nanti boleh dianggap sudah pasti berada dalam genggaman Pakatan Rakyat(PR).

Baik dari segi kecekapan pentadbiran hinggalah ke dasar-dasar yang diperkenalkan, pentadbiran PR Selangor jauh meninggalkan 50 tahun ketika Umno-BN menerajui kerajaan sebelumnya.

Laporan Ketua Audit Negara sendiri turut memuji pengurusan kewangan negeri Selangor.

Rizab Negeri Selangor melonjak dari RM400 juta peninggalan BN pada 2008 kepada RM2.5 bilion ketika Belanjawan 2013 dibentangkan November lalu.

anwar-khalid CNYJumlah rizab yang tinggi tersebut membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyatnya termasuk pembinaan jambatan ke tiga Klang yang sebelumnya merupakan janji yang gagal dilaksanakan Umno-BN.

Kecekapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan isu berpuluh tahun yang gagal diselesaikan BN juga seharusnya membuka mata pengundi negeri ini.

Antaranya termasuklah kejayaan mengutip hutang lapuk, RM392 juta dari Talam Corporation yang gagal dilaksanakan Umno-BN sebelumnya.

Menyiapkan Projek Rumah Terbengkalai

Dalam masa kurang empat tahun juga, Kerajaan Negeri juga berjaya menamatkan penderitaan berpuluh tahun pembeli unit projek-projek perumahan terbengkalai di Selangor.

RUMAH_BARU_BKT_BOTAK_03Bagi 707 peneroka bandar yang dijanjikan tanah di dalam skim penempatan semula Bukit Botak oleh Umno-BN dan diselesaikan Kerajaan Negeri PR, tentunya tidak melupakan keperitan penantian selama 30 tahun di bawah pentadbiran Umno-BN.

Begitu juga 260 Pembeli rumah kos rendah Blok E Petaling Jaya Selatan (PJS) 1, juga turut lega apabila projek sembilan tahun terbengkalai itu diambilalih Kerajaan Negeri dan banyak lagi.

Lebih 7,000 peneroka tanah untuk kediaman di Selangor turut lega apabila penantian berpuluh tahun mereka diakhiri pemberian geran oleh Kerajaan Negeri.

Menyedari beban bayaran premium yang perlu ditanggung pemohon, Kerajaan Negeri turut mengambil langkah menetapkan bayaran premium sebanyak RM1,000 sahaja berbanding sebelumnya setinggi 20 peratus dari nilai tanah.

Di bawah PR, rakyat Selangor juga dianggap bertuah berbanding negeri di bawah BN apabila berpeluang menikmati kekayaan negeri melalui pelbagai pemberian dari 16 skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Bermula dari Skim Pemberian Air Percuma, Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) hinggalah ke Skim Bantuan Tadika, semuanya dikhaskan kepada penduduk Selangor dengan syarat yang sangat munasabah.

Daftar Pemilih Berhantu

Bagaimanapun trek rekod cemerlang Kerajaan Negeri PR ini sukar untuk dijadikan pertaruhan ketika berhadapan dengan senarai Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bercelaru.

HKR 112 67Sehingga November tahun lalu, laporan Projek Pendemokrasian Selangor mendedahkan 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri ini, satu jumlah yang cukup untuk menumbangkan Kerajaan Negeri PR.

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga turut memberitahu Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) juga mengesan perkara yang sama (aktiviti haram) dalam daftar pemilih bagi suku keempat tahun 2012.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membangkitkan pelbagai keraguan di dalam daftar pemilih SPR seperti tarikh lahir pengundi didapati sama dengan tarikh permohonan sebagai pengundi dan lain-lain di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun pendedahan beliau itu tidak mendapat apa-apa reaksi dari SPR, sebuah suruhanjaya yang dianggap sebuah badan yang ‘pekak’ oleh sesetengah golongan masyarakat umum.

Sementara itu siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam isu projek IC di Sabah yang sedang berjalan, turut melondehkan tindakan BN memberi kerakyatan secara mudah kepada warga asing untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui Parti Bersatu Sabah(PBS) ketika itu.

selangor merdeka anwar khalid 01Projek IC di Sabah didakwa melibatkan beberapa parti politik dan agensi kerajaan dan badan berkecuali seperti SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.

Menurut saksi dalam siasatan RCI baru-baru ini, Datuk Abdul Rauf Sani yang merupakan bekas pengarah JPN Sabah, dianggarkan lebih 100,000 ke 200,000 kad pengenalan untuk warga asing ditandatangani oleh beliau.

Selain Abdul Rauf siasatan tersebut turut menampilkan Pembantu Pendaftaran Kanan JPN Sabah, Yakub Damsah dan saksi-saksi lain bagi memberi keterangan dihadapan IRC.

Kenyataan beberapa saksi juga jelas menyebut penglibatan SPR dalam isu projek IC ini sekaligus membuktikan kerendahan kewibawaan suruhanjaya ini untuk mengendalikan perjalananan pilihan raya di negara ini.

Kembali dalam konteks politik Selangor, tidak mustahil ketika ini Umno-BN dengan kerjasama SPR dan jabatan kerajaan lain sedang bergerak memastikan kemenangan berpihak kepada Umno-BN dalam PRU nanti.

Malah tidak menghairankan sekiranya dengan bantuan daftar pemilih yang kotor, Umno-BN mampu menang selesa dengan kelebihan dua pertiga di peringkat DUN Selangor.

Kerajaan Selangor tentunya sedar, untuk mempertahankan sebuah Kerajaan Negeri yang kaya seperti Selangor tidak cukup sekadar memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyatnya semata-mata.

Justeru, Kerajaan Negeri dengan bantuan rakan-rakan PR harus mencari satu formula lain bagi melaksanakan tekanan lebih hebat terhadap kuda tunggangan Umno-BN itu.

Nasib dan masa depan rakyat terletak di tangan rakyat sendiri, jangan biarkan SPR merampasnya dengan penipuan daftar pemilih SPR yang kotor.

Pendapat Anda

Pendapat

About Nazli Ibrahim