Kalau Saman PR Bantah Sekali Penyelewengan Umno-BN

yahya misran manifesto pru 12 01

TANJONG KARANG 31 JAN : Penyokong Umno-BN yang galak memfailkan saman terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor digesa supaya berani membantah salahlaku dan penyelewengan wang rakyat oleh pemimpin mereka.

Kata Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Yahya Shari, ini kerana meskipun janji manifesto PR 2008 telah ditunaikan, pemimpin Umno-BN masih melakukan penyelewengan terhadap wang rakyat.

Ini dapat dilihat di dalam skandal projek ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia, dan penjualan tanah di Kota Raja untuk membuat kem tentera yang melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor.

Yahya, yang merupakan Mantan Pengarah Pilihanraya Selangor pada PRU-12, berkata hampir keseluruhan tawaran yang dikemukakan Barisan Alternatif kepada rakyat Selangor ketika pilihanraya itu sudah dilaksanakan.

yahya misran manifesto pru 12 02Yahya mendakwa pihak yang membuat tuntutan elaun ibu tunggal di mahkamah baru-baru ini, tidak memahami kandungan manifesto yang menyatakan ‘memberi elaun ibu tunggal kepada yang layak’.

“Penyelewengan yang di depan mata mereka tidak bantah, kenapa mereka tidak mahu membantah duit yang ‘dibuang’ begitu sahaja,” kata Yahya dalam sidang media di sini.

Beliau memberi respon terhadap tuntutan saman ibu tunggal yang dibuat Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Selangor, Mortini Kasman terhadap Kerajaan Selangor.

Dalam saman itu, Mortini mendakwa Kerajaan Selangor gagal memberi elaun ibu tunggal.

Pada 14 Disember tahun lepas, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata seramai 19,454 ibu tunggal di Selangor telah mendapat manfaat daripada Kerajaan Negeri.

Kemudahan tersebut adalah daripada perlbagai skim yang dimulakan Kerajaan PR Selangor antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.

Daripada 24,009, sebanyak 75.01 peratus didominasi kaum Melayu diikuti India seramai 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, dan kaum lain 15.12 peratus.

Pendapat Anda

Pendapat

About Mohd Ezli Mashut