Sinopsis
Info 12 Untuk 01022013
Saksikan secara langsung “INFO 12″ yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.
Paparan menarik untuk 1 FEBRUARI 2013 :
1. Kerajaan Persekutuan tidak boleh terus berteka-teki mengenai tarikh PRU kerana ia akan menimbulkan spekulasi daripada pelbagai pihak selain akan menyebabkan banyak masa terbuang dan memaksa rakyat menunggu lebih lama.
2. Sesiapa yang menjadi mangsa penganiyaan, ganguan seksual atau gejala sosial yang lain boleh menggunakan aplikasi elektronik E-GEMS untuk mendapatkan bantuan.
3. Konflik Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) yang telah berlarutan hampir lapan tahun akhirnya berjaya diselesaikan hasil persetujuan di antara Kerajaan Selangor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).



Kerajaan Negeri Selangor sudah bersedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri disebabkan masa berkhidmat selama lima tahun sudah sampai ke penghujungnya. Sepanjang pentadbirannya, semua rakyat Selangor dari pelbagai bangsa, agama dan budaya telah menerima perkhidmatan yang lebih baik dari kerajaan negeri sebelumnya. Adalah lebih elok dikekal kan pemerintahan mereka dibumi Selangor bagi penggal seterusnya dengan cara memberi undi dalam pilihanraya yang akan diadakan nanti.
Terpedaya dengan tipu muslihat pemimpin UMNO Baru dan Barisan Nasional akan mengundang mala petaka yang amat parah keatas diri dan keluarga kita yang berpanjangan seperti mana bekas Perdana Menteri (Tun Mahathir) mengingatkan rakyat supaya bersedia untuk menerima padah yang bakal menanti sekiranya mahu melakukan perubahan atas sebab mahu melihat pertukaran kerajaan semata-mata.