Projek CAR: Kampung Sungai Terentang Selamat, TNB Kaji Laluan Alternatif Baru

kg terentang 23ogos2012 01
RAWANG, 31 JAN: Konflik Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) yang telah berlarutan hampir lapan tahun akhirnya berjaya diselesaikan hasil persetujuan di antara Kerajaan Selangor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ini bermakna rumah penduduk Kampung Sungai Terentang, sekolah dan bangunan lain di dalam kampung yang usianya 60 tahun itu tidak akan dimusnahkan untuk memberi laluan kepada projek CAR dan penduduk tidak perlu berpindah ke tempat lain.

Hasil rundingan dengan Kerajaan Selangor, TNB bersetuju untuk mencari laluan alternatif bagi menara pencawang kabel voltan tinggi yang tidak kg terentang 23ogos2012 02merentasi kampung yang didiami 5,000 orang itu, kata MP Selayang, William Leong dalam.

“Masalah TNB selama lapan tahun telah selesai dalam mesyuarat bersama Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Exco.

“Satu keputusan yang baik. Kita berunding dengan TNB. Sebelum ini penduduk, pihak konsultan telah memberikan cadangan (jalan alternatif).

“TNB juga berikan alterntif mereka. (Hasil perbincangan) sekarang mereka beri jalan lain,” kata William di dalam satu sidang media di sini hari ini.

Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dalam mesyuarat semalam meminta TNB mencari laluan alternatif memandangkan pelan laluan asal bagi projek itu tidak menepati kriteria yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

Tiga kriteria yang ditetapkan Kerajaan Selangor adalah laluan CAR tidak merentasi Kampung Sungai Terentang, tidak mengganggu sekolah (SJKC Sam Yuk) dan jalan utama Rawang-Ipoh.

Menurut William, TNB akan membuat kajian teknikal bagi mengenalpasti laluan baru untuk projek tersebut.

Jelasnya, ini merupakan antara bukti keprihatinan Kerajaan Negeri yang peka dengan masalah rakyat dan mahu memastikan kesejahteraan mereka terjamin.

Keputusan ini juga sekaligus menyelamatkan kedudukan Kampung Batu 16 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 16 Rawang.

kg terentang 23ogos2012 03Dalam pada itu, Pengerusi JKKK Kampung Sungai Terentang, Gho Ah Kow gembira dengan keputusan ini dan berharap kontroversi projek ini dapat diselesaikan segera.

Sebelum ini, penduduk Kampung Sungai Terentang membantah projek CAR kerana laluan bagi pencawang kabel voltan tinggi akan merentasi kampung mereka.

Dilaporkan sebelum ini bahawa berpuluh keluarga di kampung itu akan berdepan dengan risiko penyakit kanser, leukimia dan masalah kandungan akibat hidup di bawah kabel elektrik voltan tinggi.

Rumah penduduk, padang, dewan orang ramai, rumah ibadat dan  premis perniagaan bakal dirobohkan jika TNB mengikut laluan asal CAR.

Bagaimanapun pelan asal itu dihalang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang berunding dengan TNB untuk mencari laluan alternatif yang tidak akan menjejaskan kampung tersebut.

Bagi membantu TNB mencari laluan baru, Kerajaan Selangor melantik syarikat perunding kejuruteraan Aecom dari New Zealand.

Pendapat Anda

Pendapat

About Afix Redzuan