SHAH ALAM, 30 JAN: Kerajaan Selangor mahu satu siasatan dalaman dibuat berhubung isu pengedaran risalah mengkritik kerajaan negeri dalam isu air yang melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, maklumat ini diperolehi hasil aduan rakyat dan risalah tersebut dikeluarkan tanpa persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
Hasil siasatan awal yang dilakukan mendapati, risalah itu dikeluarkan Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.
“Sebagai pemegang saham Syabas, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (yang dimiliki Kerajaan Selangor) mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan,” katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.
Risalah-risalah tersebut mirip beberapa iklan yang dipaparkan di dalam akhbar Umno-BN minggu lalu yang mengkritik kenyataan Kerajaan Negeri.
Selain itu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan media yang lain berkata Kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa kejadian paip bocor kerap berlaku dan ini akan memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.
“Kerajaan negeri akan memantau secara serius perkara ini demi menjaga kepentingan lebih lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“(Supaya mereka) tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala,” Abdul Khalid berkata.
Pada dua minggu terawal bulan ini, rakyat Selangor berhadapan krisis bekalan air yang menyaksikan setengah juta rakyat di Ampang, Cheras dan Gombak berhadapan masalah bekalan air.
Hasil campurtangan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor, krisis bekalan air berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat dan lebih awal daripada masa yang dijangkakan Syabas.




salam sejahtera,
saya ada risalah ini dan merata.semua faham tipu helah mb pakatan ini.kurang bijak sebab ada bukti syabas tulis pada kjan sngor 2 tahun dulu untuk pam.
juga saya dapat 3 anak sekolah rgt 300,bantuan rakyat 500 dan sekarang
ada 1azam untuk modal niaga kecilan 1000 sebulan.
awak air bersih pun nak tipu.
Salam semua.
Adik penghuni di kawasan Wangsa Maju, dan gangguan air di semua kawasan di bawah Wangsa Maju sudah berturut-turut dengan lebih serius sejak Nov 2012.
Daripada putus air sekali setiap 2 minggu, sehingga sekali setiap minggu, sehingga kebelakangan ini sekali setiap hari.
Dan dari semalam sampai sekarang telah tiada air lebih daripada 12 jam.
Dan sebenarnya masalah yang SAMA berlaku tahun lepas.
Berdasarkan pengalaman adik dalam membuat complain kepada PUSPEL iaitu customer service SYABAS, dia orang kerap beritahu bahawa banyak kali ada berlakunya paip bocor kerana paip gagal menanggung tekanan air yang lebih tinggi.
Kenapa tidak ditukarkan kepada paip air yang kualiti lebih baik dan cara mengendala paip air yang lebih berkesan ?
Cuba fikirlah.
Syabas memang beri alasan-alasan termasuk “masalah paip dalaman pengguna” pada peringkat awal complain disalurkan kepada PUSPEL !!