Episod 84:
Sinopsis:
Hampir 300 orang penduduk Pangsapuri Indahria, Seksyen 22 Shah Alam, bimbang akan masalah keretakan premix di kawasan meletak kenderaan di dalam kawasan bangunan kediaman tersebut.
Sehubungan itu, satu majlis dialog diadakan penduduk Pangsapuri Indahria bersama ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abdul Samad, wakil dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS).
Walaubagaimanapun wakil pihak pemaju iaitu SHANGHAI REALTY SDN BHD tidak hadir pada majlis ini.
Sekitar tahun 2009 berlaku keretakan yang pertama yang turut di maklumkan kepada pihak pemaju pangsapuri ini iaitu SHANGHAI REALTY (M) SDN BHD dan kerja-kerja pembaikpulih telah di buat. Namun, keretakan kali kedua di sedari sekali lagi pada penghujung tahun 2010 yang di lihat semakin teruk dan berkemungkinan mengancam struktur bangunan.
Rekahan pertama di sedari hanya dengan ukuran setengah inci.Tetapi sekarang ia menjangkau kepada 18 inci.
Tetamu :
YB Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga)
YB Khalid Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)




1. Saya tidak pasti kenapa tiada akta khusus digubal oleh pihak kerajaan (kementerian perumahan atau kerajaan tempatan) bagi melindungi hak pembeli premis kediaman spt rumah/kondo/apartmen kediaman dari pemaju yang tidak bertanggungjawap, iaitu;
a. Pihak kerajaan tempatan, secara otomatik hendaklah mengambilalih tanggungjawap pemaju yang gagal/enggan menangani kerosakan premis pembeli dalam tempoh yg ditetapkan.
b. Mekanisma peralihan tanggungjawap di antara kerajaan tempatan/pemaju, sekiranya berlaku perlu diujudkan & disebut dalam kontrak jual beli dan diperuntukkan dalam peraturan akta jualbeli premis kediaman bagi memastikan kebertanggungjawaban pihak kerajaan/pemaju terhadap pembeli/rakyat.
c. Peranan pihak kerajaan (Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan) dalam memastikan kepentingan rakyat iaitu pembeli premis kediaman terus dilindungi dari pemaju yang tidak bertanggungjawap atau gagal siapkan rumah yang dibeli, iaitu dengan mengujudkan akta khusus ambilalih projek untuk disiapkan dan diserahkan kepada pembeli tanpa gagal. Juga keperluan akta yang tegas untuk menghindarkan syarikat pemaju termasuk lembaga pengarah disenarai hitam dan dikenakan denda berat kerana cuai dan gagal atau niat penipuan kepada pembeli.
2. Saya beranggapan bahawa pihak kerajaan (kementerian perumahan atau kerajaan tempatan) mesti mengambil tanggungjawap di atas segala bentuk lesen, kelulusan atau permit yang wajib dikeluarkan kepada pihak pemaju @ kelulusan daftar sebagai pemaju sebelum kelulusan atau perlaksanaan sesuatu projek perumahan akan melibatkan para pembeli rumah.
3. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pembeli rumah (yang masih terbengkalai sejak 2006 di Ukay Bistari dari Syarikat Platinum 88 Sdn Bhd), pada masa ini pihak pembeli tiada dilindungi dengan akta khusus dari tindakan para pemaju yang sengaja menggagalkan projek perumahan dan para pembeli terpaksa menanggung hutang sedangkan rumah terbengkalai, manakala syarikat pemaju dan para pengarah yang terbabit masih terus meneruskan aktiviti pemaju samada dengan menggunakan syarikat pemaju yang sama atau mengujudkan syarikat pemaju yang baru.
3. Tindakan tegas pihak kerajaan yang terlibat, akan dapat membantu meilindungi para pembeli premis kediaman dari ditipu oleh pihak pemaju yang tidak bertanggungjawap iaitu dengan sengaja mengambil kesempatan dengan peraturan yang sediada untuk kepentingan perniagaan semata-mata, seterusnya kejadian ratusan ribu rumah para pembeli terbengkalai yang teraniaya tanpa pembelaan pihak kerajaan sebelum ini akan dapat dicegah di masa hadapan.
Sekian terima kasih.