SHAH ALAM 26 JAN : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.
Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.
“Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.
“Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.
Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.
Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.
“Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi,” katanya.
Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.




Kerajaan negeri perlu mengaudit pengurusan kewangan Syabas. Jika ternyata I telah menyeleweng peruntukan kerajaan negeri, ia patut didakwa atas tindakan pecah amanah. Ini bertujuan menghalang Syabas dari meminta tambahan dalam Capex.
semoga krisis ni akan selesai secepat mungkin.
Ada org kuat disebalik Syabas, jd susah utk buat kes selagi BN terus mentadbir negara….
rampas juga tanah puncak alam yg beratus2 ekar rozali amik secara anugerah pada zaman mat taib. suruh pkns rampas dan buat township. rozali punya projek d puncak alam bukan elok pon. harapkan worldwide dan uitm je. itu pun dia paksa uitm buka d puncak alam dan dia jd main contractor dan jual tanah tu pada uitm. peguam licik dan tak ada pengalaman dalam perniagaan. sbb dia sekutu umno je semua dia dapat. org lain tak boleh dapat ke. ramai pkerja sybas jga tak suka dgn bos mereka krn mulut dia kadang2 tk hormat org dn kurang ajar. rampas balik syabas dan rozali tak layak amik hak rakyat kayakan keluarganya