AMK Selangor Mohon Campurtangan Istana Selesai Isu Industri Air

asmizam shuhaimi khalid serah memo air sultan 02

SHAH ALAM 25 JAN : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah memohon campurtangan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyelesaikan kemelut isu industri air Selangor.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, pihak Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dengan sedaya upaya mendesak Kerajaan Persekutuan agar menstruktur semula pengurusan industri air.

Penstrukturan holistik itu supaya Kerajaan Negeri dapat mengambilalih industri air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

“Penstrukturan semula industri air ini negeri ini demi kebaikan rakyat terbanyak.

“Adalah menjadi harapan kami untuk melihat makluman dan penjelasan kami ini diambil perhatian serius oleh Tuanku.

“Kami menjunjung kasih atas perhatian dan pertimbangan yang Tuanku berikan,” kata Azmizam ketika membacakan isi memorandum yang telah diserahkan kepada pihak Istana Selangor hari ini.

asmizam shuhaimi khalid serah memo air sultan 01Memorandum yang diserahkan itu diterima oleh pegawai Istana Sultan Selangor, Rohisham Ahmad di Istana Kayangan.

Turut sama dalam penyerahan memorandum itu MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang diiringi oleh kira-kira 50 penyokong Pakatan Rakyat.

“Kami yakin bahawa Kerajaan Selangor komited untuk memuktamadkan penstrukturan semula indsutri perkhidmatan air ke arah perkhidmatan yang holistik, berdaya maju dan berteraskan tarif yang seimbang kepada pengguna.

“Tindakan yang diputuskan oleh Menteri Besar mematuhi undang-undang dan menjamin kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat.

“Model Holistik yang dicadangkan sememangnya terbukti sebagai alternatif penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif,” katanya.

Sebelum itu, mereka mengadakan perhimpunan aman di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam menyatakan sokongan kepada kerajaan Selangor dalam usaha pengambilan pengurusan air daripada Syabas.

Himpunan ini juga diadakan ekoran gangguan bekalan air baru-baru ini yang menjejaskan setengah juta penduduk di kawasan Lembah Klang yang didakwa berpunca daripada kegagalan Syabas.

Pendapat Anda

Pendapat

About Mohd Ezli Mashut