MB: Selangor Contohi Pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz

khalid bandar tun razak 03

KUALA LUMPUR, 25 JAN : Kerajaan Pakatan Rakat Selangor (PR) sentiasa mencontohi dan mengamalkan dasar pentadbiran yang dipraktikkan semasa era unggul Islam di bawah Khalifah Umar Abdul Aziz.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan Khalifah Umar sebagai seorang pemimpin yang jujur, amanah serta berjiwa rakyat dan beliau sentiasa menjadikannya sebagai idola.

Sebagai contoh, Abdul Khalid berkata, Khalifah Umar pernah didatangi oleh saudaranya untuk berbincang mengenai hal keluarga ketika beliau sedang membuat kira-kira perbelanjaan kerajaan.khalid bandar tun razak 01

Ketika itu Khalifah Umar sanggup menutup lampu biliknya kerana perbincangannya itu tidak melibatkan kerajaan sedangkan bahan api lampu itu dibiayai duit rakyat.

“Inilah sikap dan contoh pemimpin Islam yang mengamalkan sikap jujur dan amanah ketika mentadbir kerajaan yang berkhidmat untuk rakyatnya,” ujar Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata demikian dalam ucapannya di hadapan hampir 200 penduduk ketika sambutan Maulidur Rasul dan Jamuan Makan Malam yang bertempat di  Bilik Gerakan PR Taman Mewah & Jujur, Bandar Tun Razak malam tadi.

Katanya, beliau sentiasa berusaha menjalankan tugas dengan mendahulukan rakyat biarpun sering dianggap ‘keras kepala’ oleh pemimpin Umno-BN.

“Biarlah saya dianggap sedemikian asalkan saya mempertahankan hak rakyat dengan mengambil alih pengurusan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

“Saya tidak akan mengaku kalah kerana Syabas terbukti tidak layak mengurus air di Selangor dan lebih menjaga kroni daripada rakyat,” katanya.

khalid bandar tun razak 02Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata,  Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan dasar yang memberi banyak manfaat kepada rakyat seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE),  bantuan air percuma dan tuisyen percuma.

“Kita ada rekod yang menunjukkan semua dasar kita yang telah dilaksanakan khusus untuk rakyat dinegeri ini,” ujarnya.

Selain itu, Abdul Khalid berkata, tiada seorang ahli Exco Selangor yang memiliki tanah sejak dilantik pada tahun 2008 sebagai bukti Kerajaan Selangor sentiasa mengamalkan ketelusan dan menjaga amanah yg diberi rakyat.

Ini berbeza ketika pentadbiran Umno-BN dahulu di mana pemimpinnya mereka memiliki tanah dengan membayar premium tanah dengan harga yang murah demi mengaut keuntungan berlipat ganda.

 

 

Pendapat Anda

Pendapat

About Siraj Mohd Zaini