Bulan Dakwah Dilancarkan, Bakal Jadi Acara Tahunan

anugerah malidur rasul 2013 sajak 01

SHAH ALAM, 24 JAN: Bermula tahun ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menjadikan program Bulan Dakwah sebagai acara tahunan.

anugerah malidur rasul 2013 Sek Agama bestari 01Program tersebut diadakan bagi mengajak masyarakat Islam khususnya di Selangor agar kembali menghayati tugas dan peranan mereka yang sebenar untuk menyebarkan mesej Islam.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, pelbagai program akan diadakan bagi menyemarakkan kempen Bulan Dakwah ini.

“Diantara program yang diadakan seperti Santai Belia, Sayang Allah S.W.T, Ziarah Dakwah, Pembinaan Personaliti Ideal, Rakan Muda Dakwah, Indahnya Menjadi Insan Murabbi dan lain-lain,” menurut teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Pengarah JAIS Datuk Marzuki Hussin.

malidur rasul 2013 hujan 06Teks ucapan itu dibacakan dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ di Stadium Malawati pagi tadi.

Sebelum itu Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan Bulan Dakwah bagi tahun 2013.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Program yang bermula serentak dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini akan berakhir pada 28 Febuari nanti.

Pendapat Anda

Pendapat

About Nazli Ibrahim