SHAH ALAM 23 JAN : Kerajaan Negeri hari ini mempelawa mana-mana Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam negeri ini untuk memohon bantuan persekolahan daripada Kerajaan Negeri.
Untuk tahun kelima berturut-turut, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM16 juta khusus bagi memberi inisiatif kepada sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan.
Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali mengumumkan dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco petang tadi bahawa permohonan boleh dihantar terus ke Jawatankuasa Tetap Pendidikan bahagian Sumber Manusia.
“Borang permohonan juga boleh diperolehi melalui portal Kerajaan Negeri.
“Mereka boleh muat turun borang dan hantar kepada Kerajaan Negeri secepat mungkin,” umum Dr Halimah dalam sidang media di SUK hari ini.
Setiap sekolah berpeluang untuk mengemukakan permohonan selewat-lewatnya sehingga akhir bulan ini.
“Tarikh akhir ialah pada 31 Januari ini supaya kita dapat memberi bantuan kepada sekolah-sekolah dengan kadar segera bermula awal sesi persekolahan ini,” jelasnya lagi.




Langkah yang baik. Kerajaan Negeri Selangor mampu membantu murid-murid sekolah. Umno cuba mempengaruhi ibu bapa dengan memberi bantuan RM100 setiap murid sekolah. Kerajaan Negeri Selangor juga boleh berbuat demikian TETAPI buat dengan ikhlas, kerana Allah.