SHAH ALAM 23 JAN : RM 325 juta yang hilang tanpa sebab dan gaji pengerusi eksekutif yang kian melambung adalah antara sebab Kerajaan Negeri memberhentikan Perbelanjaan Modal Pembangunan (capex) yang digunakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Ini kerana capex adalah dana awam yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Syabas untuk kerja-kerja mengatasi masalah dalam sistem agihan air dan untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW).
Mengikut perjanjian penswastaan air 2004, Capex diberikan kepada Syabas dengan rundingan Kerajaan Negeri, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar.
Menurut risalah isu air Kerajaan Selangor, Syabas juga telah melanggar perjanjian 2004 dengan membeli paip gantian bernilai RM 375 juta daripada syarikat yang dipunyai oleh pengerusi eksekutifnya sendiri.
Syabas juga membelanjakan RM 51.2 juta untuk mengubahsuai pejabatnya sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor hanya meluluskan RM 23.3 juta.
Lebih dari itu, sekurang-kurangnya 72 peratus daripada kontrak yang bernilai RM 600 juta dianugerahkan melalui proses rundingan terus – kaedah yang telah dibuktikan boleh membawa kepada pembaziran dan penambahan harga.
Tindakan-tindakan ini kata, Dr Xavier menunjukkan bahawa Syabas tidak menggunakan duit tersebut dengan betul seperti yang ditetapkan perjanjian dengan Kerajaan Negeri.
Oleh itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri, selaku pemilik aset perkhidmatan air dan pihak yang bertanggungjawab memastikan ia berjalan dengan baik untuk rakyat, berhak menyekat capex Syabas.
Dr Xavier menyangkal dakwaan yang dibuat Syabas di dalam beberapa iklan di surat khabar milik Umno-BN yang menyalahkan Kerajaan Negeri dalam masalah gangguan air di Lembah Klang baru-baru ini.
Dakwaan di dalam iklan tersebut adalah bahawa gangguan bekalan yang berpunca daripada kegagalan rumah pam wangsa maju yang terpaksa beroperasi lebih daripada kapasiti (overload).
Manakala penambahbaikan kepada sistem agihan air di kawasan itu tidak dapat dijalankan kerana Kerajaan Negeri telah menyekat perbelanjaan capex untuk tujuan itu.
“Syabas tak mahu terbuka dan berkerjasama dengan Kerajaan Negeri, sebab itu kita ambil keputusan untuk hentikan capex sementara sampai dia boleh setuju isytihar kerja yang akan dilakukan.
“Sebab itu kita mahukan satu audit terbuka dibuat dan tunjukkan kepada rakyat Selangor bagaimana peruntukan itu digunakan oleh Syabas. Sebab itu kita berhentikan Capex,” kata Dr Xavier ketika dihubungi.




Bila Dr Xavier nak jawab kenyataan media SYABAS pasal krisis air baru2 nie. Nak tunggu ayam jantan bertelor ke!
Apa yang Xavier dedah ni pun belum lagi terbukti benar atau pun tidak.
Katakanlah SYABAS ada buat silap (sekiranya belum pasti), takkanlah rakyat selaku pengguna air pulak yang menjadi mangsa.
Walau dalam apa jua keadaan sekalipun, CAPEX perlu diberikan supaya ia tidak menghalang kerja-kerja penggantian paip usang, menaik taraf infrastruktur air seperti rumah pam. Jika Kerajaan Negeri Selangor masih berdegil nak bekukan CAPEX SYABAS, krisis air bersih akan berlaku lebih teruk lagi.
Percayalah!
Mmg dah ada pengalaman Syabas tidak memberi kerjasama dg kerajaan negeri kerana pengerusi Syabas lebih mengikut arahan kerajaan pusat. Baik tukar nama kepada Syarikat Bekalan Air BN. Guna duit BN sendiri xperlu guna duit kerajaan tu. Sedangkan pengerusi Syabas sendiri adalah ahli umno dan memegang jawatan sebagai bendahari UMNO lg mau coverline ke? Puiiiihhh
anda pasti ke Rozali bendahari Umno? Jangan main cakap je. Bukti takde…Jangan jadi munafik bro!
Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR juga lupa aspek perundangan yang tidak boleh diketepikan begitu saja. Dari aspek perundangan, SYABAS berhak menjalankan tanggungjawab seperti yang ia perolehi di bawah perjanjian konsesi. Dr Xavier Jayakumar dan lain-lain tidak boleh menyalahkan Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani SYABAS sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008. Mengenai dakwaan Dr Xavier Jayakumar, bahawa SYABAS melanggar perjanjian kononnya syarikat telah membeli paip gantian bernilai RM 375 juta daripada syarikat yang dipunyai oleh pengerusi eksekutifnya sendiri adalah tidak benar sama sekali dan dakwaan perlu dibuktikan dengan fakta dan perundangan.
Bagi ramai pengguna, apa yang mereka mahukan penerimaan bekalan air bersih yang tidak terganggu pada setiap masa. Pada kami, apa yang didakwa Dr Xavier Jayakumar ialah alasan-alasan yang belum terbukti kebenarannya setakat ini. Tak usahlah gunakan pelbagai dalih untuk melindungi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dalam isu air bersih dan isu-isu lain termasuk kegagalan mengutip sampah yang kian bertimbun dan berlambak. Padahal mereka sebenarnya yang telah menamatkan kontrak Alam Flora dengan alasan ia kroni BN. Tengok apa yang terjadi sekarang? Sampah tidak diurus dengan baik. Kami yakin seyakin-yakinnya isu air ini jika diurus oleh Kerajaan Selangor akan menjadi seperti isu sampah. Pisang akan berbuah dua kali. Pada rakyat Selangor, fikir-fikirkanlah sebelum menerima alasan Kerajaan Selangor yang cuba menutup kelemahan2 mereka. Untuk menyelesaikan isu air dan lain-lain isu, BN perlu diberi mandat semula daripada PR.