Sebak Jumpa Wan Azizah

wan azizah kapar salam 01

KLANG 19 JAN : Norshakiah Wan Tim hampir menitis air mata selepas mengimbas kembali liku-liku perjuangan selama 12 tahun berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat, terutamanya untuk membebaskan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Norshakiah berasa amat teruja dapat bersua muka dan bersalam dengan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tokoh perjuangan tersebut, buat kali pertama.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya, saya memang mengikuti perjalanan kisah Anwar dan Azizah bermula pada  tahun 1998.

“Daripada situ, saya mula mengedar risalah apa yang berlaku pada keluarga mereka kepada kawan-kawan.

“Saya dengar cerita dari Azizah tadi, hampir menitiskan air mata. Saya bangga dapat jumpa beliau,” katanya ketika ditemui di majlis Sepetang Bersama Wan Azizah di Dewan Orang Ramai Kampung Perapat di sini semalam.

Norshakiah antara hadirin yang datang untuk mendengar Wan Azizah menceritakan kisah hidupnya di dalam program tersebut.

Beliau menambah Azizah merupakan seorang isteri yang tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan beliau dan membesarkan anak-anaknya.

“Mungkin kalau beliau tidak kuat, beliau tidak mampu hadapinya. Beliau mempunyai sokongan daripada rakyat. wan azizah kapar sumbangan 01

“Apa yang berlaku pada mereka, rakyat sekarang sudah pandai. Kita baca dan lihat seterusnya nilai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Ketika menceritakan kehidupannya, Azizah berkata titik permulaan beliau menceburi diri dalam politik bermula selepas suaminya yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, ditahan dan penjarakan pada tahun 1998.

“Selepas Anwar dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas dan penyebaran fitnah di televisyen, surat khabar, baru saya sedar betapa jijiknya politik di Malaysia.

“Ketika itu saya memohon kepada Allah SWT, supaya memberi kekuatan untuk membesarkan enam orang anak kami,” katanya ketika menceritakan pengalamannya.

Beliau berkata perkara yang berlaku ke atas keluarganya diceritakan kepada orang ramai bukanlah untuk meminta simpati.

“Saya menegaskan apa yang dituduh kepada Anwar itu tidak benar dan apa yang saya ceritakan ini bukan untuk meminta simpati.

wan azizah kapar kerang 01 ”Saya bercerita sebab saya mahu kongsi. Sekiranya berlaku kepada sesiapa dengan kes seperti ini, kita jangan harapkan sistem kehakiman membela kita, melainkan kita yang sendiri mengubah sistem politik di negara kita ini,” katanya.

Di dalam program itu juga, kira-kira 30 ibu tunggal di kawasan Dun Sementa menerima sumbangan keperluan asas yang disampaikan oleh MP Kapar, S.Manikavasagam.

Hadir sama Penyelaras Dun Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Terdahulu dalam lawatannya di Kapar, Azizah melawat kilang pengusaha kerang dan makanan sejuk beku di Kampung Tok Muda yang diusahakan oleh Persatuan Wanita kampung terbabit.

Pendapat Anda

Pendapat

About Norhayati Umor