Najib Takut Selangor Urus Air Lebih Baik – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 16012013

Saksikan secara langsung “INFO 12″ sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 16 JANUARI 2013 :

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak didakwa sengaja tidak mahu serahkan pengurusan perkhidmatan air kepada Selangor kerana bimbang Kerajaan Negeri berjaya mengurus perkhidmatan air lebih cekap dengan kos efektif.

2. Sesi dialog antara penduduk dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi menerangkan punca sebenar gangguan air berakhir dengan kemarahan penduduk ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan Syabas.

3. Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM9.7 juta untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Seri Kembangan sedangkan ia adalah projek yang harus dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat.

4. Polis masih mengamalkan sikap dwi-standart terhadap Pakatan Rakyat apabila mengenakan syarat larangan membawa kanak-kanak ke HKR 112 di Stadium Merdeka.

Pendapat Anda

Pendapat

About Naeem Raffi