
SHAH ALAM 1 JAN : Barisan artis yang hadir di Sambutan Ambang 13 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, rata-rata teruja dengan sambutan yang meriah diberikan oleh penduduk Selangor.
Bukan sahaja teruja tetapi kebanyakkan mereka juga gugup apabila berada di tengah-tengah lautan manusia yang hadir lebih 140,000 orang untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
Malah mereka turut memuji penganjuran program yang bersifat ilmiah dalam usaha mempertingkatkan pembangunan modal insan.
Program Jom Santai bersama GeMS, Generasi Idaman Selangor itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai.
Pelakon, Kamal Adli berkata beliau sudah lama teringin untuk menghadiri program sedemikian lebih lagi berpeluang untuk ditemuramah oleh seorang Ustaz popular, Ustaz Azhar Idrus.
Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor berkata sambutan yang diberikan oleh penduduk di negeri itu ternyata luar biasa.
“Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengumpulkan lautan manusia untuk ke program keagamaan seperti ini. Inilah yang dikatakan benar-benar Islam,” katanya.
Pemain Bola Sepak negara, Wan Zack Haikal Wan Noor berkata kehadiran pengunjung ke sambutan itu sangat ramai sehingga beliau mula berasa kekok untuk berada di atas pentas.
“Kekok rasa, gugup pun ada kerana semasa beraksi di padang saya rasa tidak melihat sebegini ramai,” katanya.
“Jarang kita lihat mana-mana penganjur yang akan membuat program sebegini, biasanya lebih kepada hiburan dan hari ini kita dapat lihat ramai anak muda yang hadir,” kata Panel tazkirah dalam slot maghrib, Ustaz Norisham Daud.




Mintak maaf..sekadar menyampaikan pandangan..
Saya turut serta malam itu, membawa bersama anak2 kecil berumur 5,3 dan 9 bln, mendapati beberapa kekurangan perlu diperbaiki pada masa akan datang (saya di padang B).
1. Speaker / sound system- anak2 datang untuk bermain, jadi saya duduk di tepian padang untuk mndengar sambil melepaskan anak bermain, tapi malangnya tak berapa dapat dengar. pada jarak 100m pon dengar sayup saja. saya rasa peniaga bazar memang tak dengar langsung, jadi rugi pada mereka juga.
2. Fasiliti tandas – untuk crowd yg ramai, yg bawa anak kecil, terpaksa memusing cari tandas yg memang sangat jauh, tak sesuai untuk keluarga.
3. Pengurusan masa – ramai anak2 kecil dah sangat mengantuk sebab hari dah jauh malam, tak kurang yg mengamuk, tak kurang yang terlena di tengah padang. Jadi kesian pada ibu bapa sebab tak dapat enjoy.
4. Hadkan penjualan barang2 for fun contohnya mainan, mungkin jual di bazar sahaja..ramai ibubapa tak dapat layan anak2 membeli sebab kekangan kewangan.
Mungkin penganjur perlu meletakkan diri di tempat kami sekiranya melibatkan crowd yang sangat ramai..
Lain-lain Alhamdulillah..saya sangat menyokong aktiviti ini diteruskan dengan penambahbaikan..InsyaAllah..