2013 : Usaha Diganda Penuhi Impian Rakyat + video MB

suk pakatan selangor

SHAH ALAM, 31 DIS : Tempoh empat tahun sejak Mac 2008 Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor berjaya mentadbir urus negeri ini dengan baik dan memuaskan.

Sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Jabatan Audit Negara, khususnya dalam soal kewangan negeri yang diurus dengan cekap dan berhemah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor berjaya meningkatkan simpanan tunai kerajaan dari RM400 juta pada 2008 menjadi RM2.5 bilion pada Oktober 2012.

memorandum air rakyat 1

“Sekitar RM800 juta dipulangkan semula kepada rakyat melalui lebih 20 program kebajikan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” kata Abdul Khalid sempena Perutusan Tahun Baru 2013.

Jelas beliau, kerajaan Negeri berusaha keras meningkatkan taraf hidup setiap rakyat tanpa mengamalkan unsur-unsur diskriminasi.

“Ucapan terima kasih wajar saya sampaikan kepada rakyat negeri Selangor kerana memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat sejak Mac tahun 2008.

“Kerajaan Negeri Selangor, mengutamakan kebajikan rakyat semua keturunan, semua agama, semua budaya dan tidak mengira fahaman politik,” kata Abdul Khalid.

Beliau menambah, rakyat dan negeri Selangor beruntung kerana diperintah oleh Sultan yang prihatin dan peduli terhadap kebajikan dan masalah rakyat.

Bagi rakyat beragama Islam, Duli Yang Maha Mulia Sultan, selaku Ketua Agama Islam, sentiasa mengingatkan umat Islam agar melaksanakan ajaran Islam.

Bagi bukan Islam pula, Kerajaan Negeri mulai tahun 2009, memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta dan mulai tahun 2010 sejumlah RM4 juta setiap tahun bagi membantu rumah-rumah ibadat bukan Islam.

RUMAH_BARU_BKT_BOTAK_03

“Pentadbiran Kerajaan Selangor sekarang memperlihatkan satu tahap reformasi pentadbiran yang baik dan dengan reformasi tersebut pelbagai kejayaan dapat diperlihatkan.

“Bagi mempertahankan kejayaan-kejayaan ini, saya ingin menyampaikan mesej kepada semua rakyat bahawa negeri ini adalah milik kita bersama dan logo ‘Selangorku’ kita digunakan yang melambangkan; “Selangor sentiasa di hati rakyat”,” kata Abdul Khalid.

Jelas beliau, Kerajaan Selangor sekarang berusaha menunaikan kehendak rakyat menurut keutamaan dan kemampuan.

Perkara ini dibuktikan apabila menjelang tahun 2013, Kerajaan Negeri bersiap memulakan pembinaan jambatan ketiga di Klang sepanjang dua kilometer dengan enam lorong yang sebelum ini gagal ditunaikan BN.

“Dan menelan biaya RM300 juta yang bakal menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sepenuhnya,” katanya.

Ujar Abdul Khalid bagi memenuhi permintaan rakyat pelbagai golongan untuk memiliki rumah kediaman, sebanyak 6,470 unit rumah kos rendah disediakan.

Ia dibina dengan harga RM42 ribu ke bawah seunit berjaya disiapkan di kawasan daerah Petaling, Hulu Langat, Gombak, Sepang dan Kuala Selangor.

Jumlah tersebut tidak termasuk 12,481 unit yang sedang dalam pembinaan dan yang sedang dirancang.

Bagi rumah kos sederhana, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah dapat disiapkan di kawasan daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

rumah mampu milik sept 2012 01

“Kerajaan Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat semua lapisan kerana memberi kerjasama sehingga pentadbiran Pakatan dapat membawa pembaharuan bagi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

“Saya berharap sokongan rakyat ini dapat diteruskan hingga ke lima tahun, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Ia agar Kerajaan Negeri sekarang dapat menggandakan usaha untuk memenuhi hasrat rakyat melalui program-program lain demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama,” kata Abdul Khalid.

Pendapat Anda

Pendapat

About Mohd Ezli Mashut