Rafizi : Zahid Hamidi Didakwa Guna Duit LembagaTabung Angkatan Tentera Cuba tutup Mulut Deepak

Rafizi Deepak 01

PETALING JAYA, 29 DIS: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa penggunaan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bernilai RM160 juta dibuat semata-mata ingin menutup mulut ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishen berhubung pendedahan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam akuan bersumpah kedua P Balasubramanian.

Beliau menyatakan, urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Najib Razak.

“Urusniaga ini dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Bousted Holdings Berhad, milik LTAT,” katanya dalam satu sidang media di ibupejabat PKR hari ini.

Keraguan timbul memandangkan urusniaga ini tida menepati garis panduan pelaburan baik kerana berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak pernah memfailkan penyata kewangan dan mempunyai modal berbayar sebanyak RM20 juta.

Mengikut rekod SSM juga, syarikat ini juga dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House.

Jelasnya, Zahid Hamidi perlu berhati-hati dalam memastikan pelaburan baik dibuat oleh Wira Bakti Development Sdn Bhd kerana melibatkan kepentingan anggota tentera, memandangkan modal dan aktiviti Boustead Holdings berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji mereka yang disalurkan melalui LTAT.

“Nilaian RM30 juta bagi 80 peratus saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Bousted Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukannya pelaburan komersil.

“Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset kerana masih belum dipindahmilik selain tidak menggunakan penilaian bebas,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi Bousted Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberikan alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead iaitu Jendela Nikmat Sdn Bhd di kawasan Bukit Raja, Klang.

“Semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilik kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005.

“Ini bermakna, tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings dinilai sekitar RM390,000 seekar berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayuar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik,” ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, Rafizi akan meneliti semula semua pembayaran dibuat Deepak kepada pihak tertentu yang mempunyai kaitan kepada Najib Razak memandangkan dakwaan sebelum itu ada kreadibiliti dan kebenarannya.

Datuk Seri Zahid Hamidi pada 30 November 2012 mengumumkan kepada media untuk menjawab dakwaan Deepak terhadap Najib Razak semasa Perhimpunan Agung Umno namun beliau gagal berbuat demikian keesokkan harinya.

Pendapat Anda

Pendapat

About Afix Redzuan