MPS Hanya Berhak Sita Lori Bawa Masuk Sampah Haram

lori smph

SHAH ALAM, 26 DIS : Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesahkan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyita pusat pembuangan sampah yang beroperasi secara haram di Sri Gombak.

Sebaliknya menurut Pegawai Perhubungan Awam MPS, Ahmad Fauzi Ishak, MPS hanya boleh menyita dan mengenakan kompaun kepada kenderaan (lori) yang membawa muatan sampah binaan masuk ke kawasan itu.

Beliau berkata, sebarang tindakan menyita tapak itu berada di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

“Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS tidak menyita tapak tersebut, tetapi hanya menyita lori yang keluar masuk dari kawasan itu. MPS tidak boleh menyita tapak itu kerana ia merupakan tanah persendirian. Maka hanya pejabat tanah sahaja yang boleh bertindak ke atas tapak itu,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Sebagai tindakan jangka pendek, katanya, MPS akan melakukan pemantauan secara konsisten melalui anggota penguatkuasanya bermula pukul 8 hingga 5 petang.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan sebilangan penduduk yang tidak berpuas hati terhadap tindakan lori membawa muatan sampah binaan ke sebuah pusat pembuangan sampah haram di kawasan itu.

Penduduk mendakwa, walaupun kawasan itu telah disita, namun aktiviti itu masih diteruskan kurang duam jam selepas tindakan penguatkuasaan diambil.

Oerasi yang bermula sekitar pukul 7 pagi hingga 7 malam itu menyebabkan jalan dibina khusus untuk kegunaan penduduk taman gagal menampung beban lori 10 tan hingga 14 tan dan rosak.

Pendapat Anda

Pendapat

About Afeeqa Afeera