Pertandingan Memancing Jana Aktiviti Pelancongan

gp slngr

SHAH ALAM, 17 DIS : Pertandingan memancing mampu menjadi tarikan pelancongan di Selangor ekoran sambutan orang ramai terhadap aktiviti itu amat menggalakkan.

Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, aktiviti itu mampu menyemarakkan ekonomi kepada peniaga industri kecil dan sederhana serta pemilik hotel.

“Pertandingan memancing ini adalah salah satu aktiviti pelancongan yang baik di mana orang datang daripada jauh sehingga dari Kelantan dan Terengganu.

gp slngr 2“Dengan ada aktiviti ini maka akan memberikan keuntungan kepada pihak Industri Kecil Sederhana (IKS) serta hotel-hotel di sekitar yang menerima kunjungan pelawat daripada luar negeri Selangor,” kata Dr Yaakob.

Beliau berkata demikian ketika temui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Memancing Grand SLAM GP Selangor 2012 yang diadakan di Taman Tasik Shah Alam. Ia adalah anjuran Kerajaan Selangor yang dengan kerjasama Wak Jali Event Management.

“Kita akan merancang aktiviti memancing yang lebih baik di tahun hadapan dan difahamkan di Thailand aktiviti memancing dijadikan salah satu tarikan di sana.

“Dan saya melihat aktiviti memancing ini bukan sahaja memberikan tarikan kepada pengunjung tempatan malahan ia mampu untuk menarik pihak-pihak antarabangsa,” katanya.

Pada pertandingan itu kira-kira 1,800 menyertainya dan dianggarkan kehadiran lima ribu orang memeriahkan suasana.

Sementara itu, Shamsuddin Kasdi,51, menjadi Johan Grand Slam GP Selangor 2012 itu dengan memperolehi sebanyak 701 mata.

gp slngr 3Beliau menerima hadiah sebuah Kereta Proton Persona yang disampaikan oleh Dr Yaakob di sini.

“Kami sekeluarga amat gembira memenangi kereta hari ini kerana ini adalah harapan dan impian anak-anak saya yang sama-sama datang pada pertandingan ini.

“Kejayaan ini adalah dorongan pihak keluarga, kereta ini akan digunakan untuk kemudahan keluarga,” katanya.

 

Pendapat Anda

Pendapat

About Mohd Ezli Mashut