Polis Harus Menjadi Pengerak Utama Bendung Perjudian

PUSAT SIBER SEMENTA 11

SHAH ALAM 15 DIS : Pasukan penguatkuasa pusat seperti polis dan Tenaga Nasional Berhad seharusnya menjadi penggerak utama dalam membendung aktiviti perjudian haram dan pusat hiburan di Selangor.

Ini kerana kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhad berbanding polis yang mempunyai kuasa bagi menahan pesalah dan membawa kes ke mahkamah.

Begitu juga dengan TNB, dimana syarikat itu boleh memotong bekalan elektrik ke premis yang menjalankan perjudian bagi melumpuhkan operasi mereka, kata pegawai Kerjaan Negeri Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata setakat ini, PBT di seluruh negeri sudah memainkan peranan Terus Terang Ronnie Liu pic dengan menyita premis dan merampas perkakas judi.

Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan lesen bagi premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.

Tegasnya, semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Isu aktiviti premis berkenaan terletak pada penguatkuasaan, oleh itu polis lebih berkuasa daripada penguatkuasa PBT.

“Penguatkuasaan daripada polis adalah sangat penting berbanding PBT.

“Tetapi Umno-BN masih membangkitkan perkara ini sedangkan mereka tahu, bagi Kerajaan Negeri, pengeluaran lesen bukan daripada pihak kita,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa pusat judi tumbuh seperti cendawan di Selangor dan ini membimbangkan penduduk.

Menurut akhbar tersebut premis-premis tersebut banyak terletak di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

azmizam luar pc 01Manakala, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmizam Zaman Huri berkata undang-undang berkenaan bekalan elektrik perlu diketatkan di peringkat pusat bagi mengekang pertumbuhan premis judi haram.

Beliau berkata premis perjudian haram sukar untuk dibendung kerana pengusahanya menyalahgunakan lesen premis.

“Kalau sekat lesen premis baru beberapa ratus sahaja. Tetapi mereka beroperasi sahaja tanpa lesen perniagaan.  Cuma perkara asas yang perlu dibekalkan adalah elektrik dan air.  Operasi ini (pembenterasan) dibuat oleh pihak polis dan dibantu oleh PBT,” kata Azmizam.

Pendapat Anda

Pendapat

About Norhayati Umor dan Afix Redzuan