BANGI, 15 DIS: Seorang warga kurang upaya (OKU), Razali Adnan, meluahkan perasaan gembira dan syukur kerana penantiannya untuk memiliki rumah sendiri kini hampir terlaksana selepas menerima surat tawaran Rumah Mampu Milik (RMM).
Katanya, RMM menawarkan unit rumah dan rekabentuknya mengambil kira keperluan golongan OKU sepertinya seperti tandas yang luas dan unit yang terletak di aras bawah kompleks pangsapuri itu.
“Proses memohon RMM ini mudah dan ianya tidak memerlukan karenah birokrasi seperti yang diamalkan Kerajaan Negeri dahulu,” katanya yang kini bergantung sepenuhnya kepada isterinya yang bekerja sebagai peniaga.
Unit yang bakal siap pada Julai tahun depan merupakan RMM pertama Kerajaan Negeri dan dibina anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Razali ditemui pemberita selepas menerima surat tawaran pemilikan RMM yang disampaikan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad di perkarangan Kompleks PKNS Bangi di sini hari ini.
Turut hadir, Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar PKNS (Pentadbiran dan Pembangunan), Noraida Mohd Yusof.
Seramai 112 orang menerima surat tawaran RMM selepas disenarai pendek oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) selepas mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Antara syaratnya adalah gaji isi rumah pemohon mestilah diantara RM 2,500 sehingga RM 5,000 sebulan serta tidak pernah memiliki rumah sendiri.
Sebanyak 124 unit pangsapuri enam tingkat yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi ditawarkan pada harga mulai RM 60,000 sehingga RM1 44,000 seunit.
PKNS telah membelanjakan subsidi sebanyak RM 12 juta bagi projek itu yang mula dibangunkan pada tahun 2011.
Dalam pada itu, seorang lagi penerima, Hazhari Ismail, 33, memuji usaha Kerajaan Negeri yang menyediakan RMM dengan harga berpatutan serta mampu dimiliki golongan berpendapatan sederhana sepertinya.
“Kerajaan Negeri sekarang bagus kerana prihatin mengenai beban dan permasalahan yang ditanggung rakyat dan saya berharap usaha ini diteruskan dan diperluaskan di masa akan datang,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Am Pejabat di Putrajaya.
Sementara itu, Iskandar dalam satu sidang media berkata, Kerajaan Negeri menggalakkan lebih ramai pemaju swasta terlibat dalam membina RMM di masa akan datang supaya setiap rakyat dapat memiliki rumah sendiri.
“Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, PKNS mensasarkan sebanyak 11 ribu unit RMM dan saya galakkan lebih ramai pemaju lain turut membina RMM di masa akan datang,” katanya.
Jesteru itu, terdapat sebuah pemaju swasta turut menyediakan sebanyak 136 unit RMM di Sungai Long, Kajang yang dijadualkan siap pada Julai 2013.
Iskandar berkata, sebuah lagi anak syarikat, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) turut bercadang untuk membina sebanyak 300 unit RMM yang terletak di Sabak Bernam pada masa akan datang.





Lepas ini Najib akan ikut apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan saperti rumah mampu milik walaupun harga yang ditawarkan oleh BN lebih tinggi dan hanya dalam rancangan sahaja. Mereka hanya tahu menjajanya sahaja (cakap kosong) rumah pun belum ada apa-apa lagi, sudah buat bising itulah tabiat orang yang menipu.
Saya setuju
Program RMM ini wajib dilaksana di seluruh negeri…Kami sentiasa menyokong program ini yang diciptakan oleh kerajaan Selangor untuk mengurangkan beban OKU…Terima kasih…
I am so glad to know that there is help in buying a home for the disable.I had so many sleepless nights thinking how my disable son going to own a home.thank you
A slkm ,
Saya arman seorang warga oku…saya tidak setuju langsung apabila warga oku mendapat pertolongan dengan skim terse but…bagi saya yang per nah memo hon ditto lak sebulat-bulatnya Oleh sesetengah pegawai yang mengendalikan skim terse but .. Mereka memilih bulu ..NAjib patut tahu tentang pegawai kerajaan Belau……biro konon….
Yang benar
Arman
0173499776