MPK Perkenal Sistem Letak Kereta Berkupon

SHAH ALAM 07 DIS : Orang ramai kini boleh mula mendapatkan kupon letak kereta di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan cawangannya serta ejen-ejen yang dilantik selaras dengan inisiatif MPK yang mula memperkenalkan Sistem Letak Kereta Berkupon mulai Disember ini.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri berkata manakala bagi orang awam yang telah membeli pas bulanan dan tamat 30 November bolehl datang ke Pejabat Letak Kereta Jalan Tengku Kelana untuk mendapatkan pengesahan lanjutan tempoh tambahan satu bulan. 

Katanya, MPK merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang menjalankan sistem berkenaan dan ia bakal mendapat sambutan daripaada penduduk setempat.

Bagi kupon itu, MPK menetapkan Majlis RM 0.50 sejam untuk setiap kupon manakala bagi sebuah buku harga dikenakan sebanyak RM 2.50 untuk lima keping.

“Manakala bagi kupon harian, satu kupon berharga RM 4.50 bagi sembilan jam dan sebuah buku berharga RM 22.50 (lima keping) serta untuk pas bulanan, harga ditetapkan sebanyak RM 80.00 sebulan,”katanya pada Majlis Pelancaran Penjualan Kupon Letak Kereta di sini.

Tambahnya, MPK akan menetapkan masa kawalan seperti biasa iaitu dari Isnin hingga Jumaat bermula lapan pagi hingga lima petang dan orang ramai diminta untuk mendapatkan kupon di lokasi yang ditetapkan.

Pendapat Anda

Pendapat

About Norhayati Umor