Pemimpin PR Perlu Contohi Prinsip BJ Habibie

SHAH ALAM 05 DIS : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) disarankan supaya mengambil iktibar daripada pengalaman Mantan Presiden Republic Indonesia Ke-3, Prof Dr Bacharuddin Jusuf Habibie.

Bacharuddin Jusuf atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie,  mengambil alih tampuk pemerintahan semasa republik itu dilanda krisis politik dan ekonomi pada tahun 1998.

Anwar berkata pemimpin PR patut mencontohi Habibie yang  membebaskan semua tahanan politik pada hari pertama beliau menjadi presiden.

Habibie juga telah memberi kebebesan bersuara, berpersatuan dan membebaskan media – prinsip-prinsip yang dikekang semasa pemerintahan presiden sebelumnya Jeneral Muhammad Soeharto.

Anwar berkata Habibie membebaskan semua tahanan politik kerana didorong oleh rasa tanggungjawabnya dan tuntutan Islam.

“Bagaimana beliau dalam tempoh satu hari boleh mengarahkan tentera dan polis membebaskan semua tahanan politik? Kalau ikut protokol beliau tidak boleh membebaskan tahanan.”

“Tetapi beliau oleh kerana fahaman, pemikiran dan memahami derita rakyat. Matlamatnya ialah keadilan untuk semua.

“Begitu juga beliau turut membebaskan media. Kalau mahu reformasi dalam usaha singkat, maka secebis pengalaman itu sangat penting,” katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam bersama bersama BJ Habibie.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco-exco Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen Selangor.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata BJ Habibie molek dijadikan sumber inspirasi dan motivasi dikalangan ahli politik di negara ini.

Sekiranya mahu berjaya, dua bidang perlu difokuskan iaitu ilmu pengetahuan bagi jaminan kerjaya dan prinsip politik yang kuat bagi mengutamakan hak asasi rakyat dalam merealisasikan prinsip demokrasi.

“Bapak Bj Habibie terjun ke bidang politik pemerintahan bukan kerana mencari wang atau kekuasaan tetapi lebih kepada ‘terima kasih’ kepada negaranya dan ibu bapanya.”

“Hal ini juga ada persamaan dengan tujuan sebenar saya terjun ke dunia politik,” kata Abdul Khalid.

Pendapat Anda

Pendapat

About Norhayati Umor