JINGGA 13 Gesa Polis Siasat Insiden Serangan Di Gombak

SHAH ALAM, 5 DIS : JINGGA 13 mengutuk keras tindakan tidak berakhlak dan bermoral yang didakwa dilakukan penyokong Umno-BN yang merusuh dan mengganggu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat.

Kejadian malam semalam  di Batu 8 Gombak  ternyata melampaui batas sehingga mengakibatkan seorang petugas dicederakan menggunakan senjata tajam yang dipercayai kerambit.

Koordinator Penerangan Jingga 13 Malaysia, Mohd Rudey Abd Rahman berkata, tindakan terdesak didakwa didalangi Umno-BN menyebabkan penularan budaya politik samseng yang sebelum ini  berlaku di Johor dan Melaka.

Beliau berkata, polis perlu menyiasat dan mengheret mereka yang bertanggungjawab dan mendakwa mereka yang menjadi dalang ke muka pengadilan.

“Pimpinan Umno-BN harus dipertanggungjawabkan di atas insiden jenayah tersebut kerana mereka tidak akan berani bertindak sedemikian tanya didalangi atau diarah oleh pimpinan Umno-BN,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelas beliau, tindakan terdesak ini dilihat seolah-olah mereka cuba memberi amaran kepada Pakatan Rakyat dengan amaran yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menghasut dan mengapi-apikan mengenai tragedi 13 Mei 1969.

“Inilah amalan ‘assabiyyah’ yang terus diamalkan di dalam Umno yang sanggup menzalimi orang lain berteraskan tiupan rasis dan kepuakkan yang melampau yang bertentangan dengan Islam.

“Inilah sikap sebenar Umno-BN yang perlu ditolah seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan,” katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

About Mohd Ezli Mashut