Naib Ketua Wanita Umno Samporna Sertai PKR

PETALING JAYA, 30 NOV – Naib Ketua Wanita Semporna, Sabah Kalasahan Abdul Salam mengisytiharkan pengunduran daripada Umno dan menyertai PKR serta meletakkan semua jawatan dalam parti berkuat kuasa serta merta hari ini.

Keputusan ini dibuat ekoran kepincangan kepimpinan Umno Bahagian Semporna khususnya Ketua Bahagian yang diterajui Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut Kalasahan, beliau berkhidmat selama dua penggal sejak tahun 2004 sehingga 2012 mendapati, kepimpinan dibawah Shafie berbentuk diktator dan menjadikan Umno Sampoerna milik persendirian.

Katanya lagi, kepimpinan Umno Bahagian Semporna lebih cenderung mengamalkan perpecahan, penyisihan dan peminggiran sekaligus bercanggah dengan konsep parti.

“Sifat pilih kasih, kronisma dan nepostima terus dijadikan amalan dan semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna. Mereka (Umno Bahagian) sudah jauh tersasar.

“Umno Semporna juga tidak diuruskan berlandaskan perlembagaan parti. Terlalu banyak ketidaktelusan berlaku dalam pentadbiran dan perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna,” katanya sambil disaksikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Jelasnya lagi, sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Shafie juga gagal secara keseluruhan dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Semporna.

“Saya turut merasa kesal dan insaf dengan kerja-kerja sabotaj yang didalangi orang-orang kepimpinan parti yang dilakukan terhadap calon BN DUN Bugaya dalam PRU-11 (2004) dan juga calon BN DUN Sulabayan pada PRU-12, tahun 2008.

“Mereka yang melakukan sabotaj ini mendapat perlindungan istimewa daripada kepimpinan Umno Samporna yang didalangi Ketua Bahagian Umno Semporna,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, suami Kalasahan, Abdul Habi Mustapha mendesak agar isu ‘pemecatan’ beliau yang dipaparkan media diperjelaskan sedangkan beliau keluar daripada Umno pada 17 November lalu.

“Lima hari selepas itu maka pengumuman dilakukan yang melibatkan siaran begitu meluas menyatakan saya dipecat dari Umno.

“Untuk apa saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno. Ini menunjukkan kerakusan di dalam Umno,” katanya.

Ujar beliau lagi, kegagalan Shafie dalam membangunkan masyarakat nyata terserlah apabila daerah Samporna menduduki tangga tercorot dalam keputusan peperiksaan dalam peringkat rendah dan menengah.

Pendapat Anda

Pendapat

About Afix Redzuan