Antara Doa PAS dan Tindakan Umno

KOMENTAR: Selepas tamat Muktamar Agung PAS ke-55 hampir dua minggu lalu, Umno agak kecewa kerana dua isu yang diharap akan memerangkap parti Islam itu tidak mengena.

Isu tersebut mengenai Hudud dan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung murtad.

Tindakan bijak perwakilan PAS yang lebih memberi tumpuan untuk menguatkan jentera dalaman dan media parti Islam itu dalam menghadapi PRU13 nanti langsung tidak menarik minat mereka.

Usaha untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang membabitkan PAS-PKR di lihat ruangnya apabila seorang perwakilan memberikan pandangan supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lantik menjadi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya kuasai Putrajaya.

Malangnya isu tersebut tidak mendapat respon dari PR samaada dari PAS-PKR-DAP termasuk dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu tersebut tenggelam apabila PAS dan Abdul Hadi sendiri menyatakan setiap perwakilan berhak meluahkan pandangan bagi membuktikan PAS sebuah parti yang menerima pandangan dari semua pihak.

Begitu juga dengan Anwar yang membuat kenyataan bahawa perkara tersebut boleh dibincang dan belum diputuskan.

Sebelum ini hampir dalam setiap ceramah yang dihadiri pemimpin DAP dan PAS pun kenyataan untuk melantik Anwar menjadi PM bukanlah suatu polimik yang besar.

Doa hancurkan Umno

Ironisnya, dalam situasi kenazakan isu menjelang PRU-13 ini, Umno gagal mendapatkan sasaran untuk dihala kepada PAS bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.

Umno amat kecewa selepas PAS menolak kerajaan perpaduan yang dianjurkan selama ini.Lebih membimbangkan setelah melihat orang Melayu semakin banyak yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

Malah kempen besar-besar supaya orang Melayu berpindah dari Umno kepada PAS kerana perjuangan Umno  tersasar dan memberi kesan yang amat besar kepada parti Islam tersebut.

Inilah juga kebimbangan kronik yang ada pada Umno. Begitu juga dengan pelbagai isu yang memberi aib kepada Umno serta pemimpinnya. Isu NFC dan terbaru membabitkan wang haram RM40 juta yang melibatkan pemimpin Umno akan mengikis keyakinan orang melayu kepada parti tersebut.

Ini tidak termasuk isu rasuah, pembaziran wang negara sebanyak RM28 bilion setahun sebagaimana diumumkan Ketua Audit Negara. kenaikan harga barang dan pelbagai lagi yang mencerminkan kelemahan pentadbiran dan pengurusan oleh pemimpin negara yang diterajui Umno

Umno mendapat nafas lega apabila isu bacaan doa oleh adik kepada Mursyidul Am PAS itu, Nik Razi Nik Mat sempena majlis solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV pada malam 16 November lalu ‘dicuba’ dipasarkan dalam pemikiran orang Melayu.

Doa tersebut mengandungi ungkapan supaya Umno-BN dihancurkan kerana terlalu banyak kezaliman dilakukan ke atas rakyat terutamanya rakyat Kelantan.

Majlis Solat hajat itu juga di adakan ekoran tuntutan keengganan kerajaan pusat memberikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

Setelah itu, seperti jangkaan media ekletronik dan cetak milik Umno akan cuba menyelesaiikan sebaik mungkin. Dari ulama Umno sampai ke pada ketua bahagian dan lebai di kampung semuanya menghentam PAS.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk memberikan persepsi kepada orang Melayu bahawa PAS sebuah parti yang hanya menjadikan agama untuk tujuan politik.

…dan isu ‘doa PAS’ cuba dijadikan asas untuk membuktikan tanggapan tersebut.

Penulis tidak mahu mengulas berhubung hukum hakamnya kerana  banyak diperkatakan.Tetapi lebih adil untuk juga dihakimi sekiranya isu disebalik persoalan timbulnya doa tersebut dibincangkan.

Pokok kepada persoalan doa itu adalah “menghancurkan Umno”. Umno pula adalah sebuah parti politik. Dalam isu menghancurkan Umno ini, PAS menggunakan cara doa.

Cuba kita lihat cara Umno pula untuk ‘menghancurkn PAS dan PR”. Mereka menggunakan seluruh kekuatan kuasa seperti media, polis, FRU, sistem perundangan, tekanan, fitnah, sekat kebebasan media, sekat ceramah,ISA dan pelbagai lagi untuk “menghancurkan’ lawan politik mereka.

Umno pula menggunakan kuasa ‘tindakan’ dengan kekuatan kuasa, wang dan media yang dimiliki untuk ‘menghancurkan PAS dan PR’. Jadi apakah bezanya?.

Sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai kekuatan sebagaimana di miliki Umno, PAS menggunakan kaedah berdoa kerana PAS dan PR merasakan mereka telah dizalimi oleh Umno sejak sekian lama.

Lagi pun apalah kekuatan yang ada pada pembangkang selain doa dan terus berdoa. PAS yang juga sebuah parti Islam telah menggunakan ‘kekuatan’ mereka iaitu doa sebagai wadah kekuatan perjuangan sejak sekian lama.

Setiap kali Nik Aziz atau Hadi tamat berucap, dua pemimpin ini akan berdoa dan para hadirin akan mengaminkan doa tersebut.

Begitu juga dengan kebanyakan majlis solat hajat yang dianjurkan akan disertai doa berpaksi kepada usaha menumbangkan Umno dalam pilihanraya akan datang.

Kaedah ini telah digunakan PAS sejak awal penubuhannya hingga ke saat ini. Malah persoalan doa dan majlis solat hajat telah berpuluh kali di adakan dan tidak pernah pun menjadi isu sehangat ini.

Isu Perhimpunan Agung Umno

Dalam konteks politik, pemimpin Umno seharusnya mencari suatu ‘ikon’ sebagai suatu bahan isu untuk dibawa dalam Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung hari ini hingga Sabtu ini.

Kepimpinan Najib yang tidak pernah mengadakan pemilihan baru dalam Umno sejak Mac 2009 dibayangi dengan pelbagai kebimbangan dari desakan 2,674 perwakilan yang bakal bersidang.

Lebih ‘gayat’ lagi bagi Najib apabila PRU-13 yang bakal di adakan. Justeru isu ‘doa PAS’ tersebut boleh dijadikan bahan pelarian untuk dijadikan topik hangat untuk dibincangkan perwakilan.

Najib bimbang berikutan tarikh PRU-13 yang seharusnya diadakan masih samar. Ini memberi imej serta persepsi buruk kepada Umno serta perwakilan. Tempoh tamat untuk dibuat PRU hanya April tahun depan sedangkan siap calon yang bakal bertanding belum di putuskan.

Tempoh lima bulan bukanlah lama kerana calun perlu membuat persediaan untuk mendekati pengundi. Najib juga tahu sekiranya calun telah di pilih perhimpunan kali ini akan menjadi medan tikam belakang dan pergaduhan sesama sendiri.

Tidak hairan juga sekiranya Najib akan mulai menggunakan isu doa ini dalam ucapan dasar beliau nanti. Sentiman doa ini kemudiannya akan terus meracau-racau dalam media dan akan terus menjadi hangat dikalangan perwakilan.

Apa pun bagi umat Islam doa itu merupakan suatu kekuatan. Kekuatan dari hamba yang sentiasa mengharap bantuan dari Sang Penciptanya. Ulama juga mengqiaskan bahawa orang yang sombong adalah mereka yang tidak berdoa.

Khazanah sombong itu adalah sifat-sifat syaitan. Syaitan pula apabila dibacakan doa dan atau ayat-ayat Quran akan meracau-racau sebab kepanasan.

Pendapat Anda

Pendapat

About admin