Teater Tattoo Gestapo suntik kesedaran bahaya dadah

SHAH ALAM, 31 OKT : Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negari Selangor akan mementaskan teater bertajuk Tattoo Gestapo di Free.Space@Kakiseni di SS Two Mall, Petaling Jaya pada 22-25 November ini.

Teater itu diarahkan oleh Wan Azli Wan Jusoh yang pernah mengarahkan Filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008.

Wan Azli yang mesra di panggil Wae pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).

Exco Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail akan menaja separuh daripada kos pementasan tersebut dan seterusnya menjadi salah satu program kesedaran rakyat Negeri Selangor mengenai risiko pengedaran dadah dan hukuman mati.

Wae bersama Rumah Anak Teater kini memulakan latihan pementasan teater itu yang dianggotai pelakon Benjy, Pekin Ibrahim, Azman Hassan dan pelakon baru Doul.

Rumah Anak Teater memilih beliau untuk mengarah Teater Tattoo Gestapo atas kewibawaan beliau selama ini dan telus dalam membawa sesuatu naskah itu.

Sebelum ini, Teater Asrar 2 yang dipentaskan pada 2011 juga ditaja sepenuhnya oleh PADAT dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Selangor.(PADAT).

Produksi ini adalah hasil dan projek Rumah Anak Teater atau dikenali sebagai RAT Production iaitu sebuah kumpulan yang diasaskan oleh Nam Ron untuk penggiat seni persembahan.

Teater ini mengisahkan tentang kehidupan dan konflik dalam masyarakat, ia berkisar cerita mengenai dilema banduan-banduan dalam penjara yang akan dijatuhkan hukuman mati.

Pendapat Anda

Pendapat

About Mohd Ezli Mashut