Sistem Biometrik Pekerja Asing : Jawapan Kerajaan Bercanggah

KUALA LUMPUR, 29 OKT – Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman ketika sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat.

Abdullah pada sesi soal jawab mengemukakan soalan tambahan mengenai keberkesanan sistem biometrik yang diperkenalkan kerajaan memandangkan peningkatan kejadian jenayah sosial warga asing.

Namun Abu Seman menafikan perkara berkenaan dan menyatakan dakwaan tersebut tidak benar.

“Soalan saya jelas, apa sudah jadi dengan biometrik yang dikatakan efiseyen dan mencemarkan keraguan yang berlaku iaitu tidak berada dalam pendaftaran negara tetapi ada dalam pendaftaran pemilih.

“42,000 orang (mendaftar), statistik yang dibuat oleh biometrik itu tidak sama dengan statistik Kementerian Sumber Manusia (sehingga Julai 2012) kata 1.9 juta.

“Jawapan menteri (Abu Seman) 1.5 juta. Sudah ada percanggahan,” katanya dalam reaksi di lobi Parlimen.

Sebelum itu, Abu Seman memaklumkan kepada Dewan Rakyat sebanyak 1,581,264 orang pekerja asing yang berikan pas lawatan kerja sementara oleh Imegresen sehingga 1 September 2012.

Ujar Abdullah lagi, sistem biometrik yang diperkenalkan kerajaan ini seolah-olah ‘mempunyai udang disebalik batu’.

Sistem biometrik mula diperkenalkan pada Jun 2011 bagi mengesan warga asing yang memasuki negara melalui 96 pintu masuk aktif di seluruh negara.

Pendapat Anda

Pendapat

About Afix Redzuan