Selepas Umno, Giliran MCA Untuk Sahut Cabaran Kit Siang

JOHOR BAHRU, 21 OKT : Selepas Umno gagal menjamin peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, kini cabaran tersebut dilontarkan kepada MCA pula.

Cabaran ini dilontarkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kepada MCA yang dilihat semakin terdesak untuk menraih undi kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Mereka (MCA) kata ‘stability over chaos’ .

“Kita minta mereka umumkan tidak akan ada huru-hara jika berlaku perubahan pentadbiran,” katanya di hadapan 6,000 hadirin pada siri Jelajah Merdeka Rakyat semalam.

Tegasnya, Johor memainkan peranan penting dalam usaha membawa perubahan di Putrajaya, sama seperti Sabah dan Sarawak.

Lantaran itu, rakyat perlu menambah kerusi Parlimen PR di Johor  sekurang-kurangnya satu pertiga.

Pada PRU-12, Pakatan Rakyat memenangi satu kerusi Parlimen Johor di kawasan Bakri melalui calon DAP, Er Teck Hwa.

“Kalau kita mahu ke Putrajaya dan bawa perubahan, Johor adalah negeri penting.

“Sama seperti Sabah dan Sarawak. Kita kena pecahkan ‘Fixed Deposit’ BN untuk bagi peluang (memerintah),” tegas Kit Siang.

Hadir sama dan menyampaikan ucapan, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Exco Selangor, Xavier Jeyakumar dan Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin.

Majlis Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan positif masyarakat setempat meskipun berlangsung dalam cuaca dingin.

Turut diumumkan jumlah kutipan derma orang ramai berjumlah RM8,492.

Pendapat Anda

Pendapat

About Afix Redzuan